Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Majlis Biodiversiti Pahang

 

Pengenalan Biodiversiti

 

Kepelbagaian biologi atau lebih dikenali sebagai biodiversiti merupakan salah satu anugerah dan aset bernilai negara. Biodiversiti adalah merujuk kepada variasi organisma hidup flora dan fauna (di antara spesies/jenis malah dikalangan spesies/jenis itu sendiri) seperti tumbuhan, haiwan, serangga, kulat, bakteria dan lain-lain yang hidup di suatu ekosistem atau habitat semulajadi. Malaysia diiktiraf sebagai antara 17 negara mega biodiversiti, dimana Malaysia dianugerahi dengan khazanah sumber biodiversiti yang bernilai tinggi dan unik mendiami hutan hujan tropikanya.

 

Majlis Biodiversiti Pahang

 

Justeru itu, Kerajaan Pahang telah mengambil inisiatif proaktif untuk melindungi khazanah negeri selari dengan status keluasan hutan terbesar di Semenanjung Malaysia. Negeri Pahang juga memiliki kawasan taman-taman negeri/negara dan Taman Laut yang menjadi tumpuan utama sektor pelancongan utama negara.

 

    Dewan Negeri Pahang yang telah bersidang pada 26 Ogos 2021 lalu, telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) bagi Majlis Biodiversiti. Enakmen Biodiversiti Pahang 2021 telah berkuatkuasa pada 01 Januari 2022. Enakmen ini ditubuhkan bertujuan untuk memulihara dan memelihara sumber khazanah kepelbagaian biologi negeri Pahang bahkan menerokai potensi sumber-sumber biologi bagi manfaat kerajaan dan rakyat negeri Pahang.

 

Fungsi & Peranan

Majlis Biodiversiti Pahang merupakan sebuah badan penasihat yang berperanan menasihati Kerajaan Negeri dalam usaha melindungi alam semulajadi dan sumber biologi, mengkaji dasar berkaitan dengan bioteknologi serta melindungi harta intelek negeri ini yang melibatkan aspek flora dan fauna. Berikut adalah fungsi Majlis Biodiversiti Pahang:

 

 

    Semenjak penubuhan pada bulan Januari 2022, sejumlah bilangan kertas-kertas penyelidikan dari pelbagai universiti, institusi penyelidikan (R&D) dan agensi berkaitan dari dalam dan luar negara telah diterima dari pelbagai latar belakang dan aspek kajian yang bakal dilaksanakan di negeri Pahang. Justeru itu, Majlis Biodiversiti Pahang menjalankan fungsi bagi mengenalpasti & menganalisa kesesuaian bahkan potensi serta impak kepada ekosistem di samping mewujudkan sinergi yang lebih erat dalam kalangan komuniti penyelidik.

    Komitmen Majlis Biodiversiti Pahang bagi memberikan manfaat kepada rakyat di negeri Pahang menerusi penemuan-penemuan penyelidikan (R&D). Justeru itu, pelbagai program akan dan sedang dirangka bagi menjayakan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber-sumber biologi di negeri ini.

Enakmen Biodiversiti Pahang

Carta Organisasi

 

Access & Benefit-Sharing (ABS)

 

Salah satu cabang utama pelaksanaan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan adalah mewujudkan kawalan kepada akses sumber khazanah biologi negara. Access & Benefit-Sharing merupakan satu mekanisme saringan dan penelitian penyelidikan (R&D) yang dibangunkan oleh Kementerian Tenaga & Sumber Asli (KeTSA) bagi memastikan sumber khazanah biologi dan potensi hasil yang dibangunkan memberikan hak dan pengiktirafan yang adil kepada penyelidik-institusi penyelidikan-kerajaan negeri-masyarakat setempat.

 

    Justeru itu, Majlis Biodiversiti Pahang merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan sebagai pihak berkuasa kompeten (Competent-Authority) bagi negeri Pahang. Sebarang permohonan penyelidikan atau akses kepada mana-mana sumber biodiversiti di negeri Pahang adalah perlu mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Biodiversiti Pahang.

    Penyelidikan berkaitan sumber biodiversiti ini meliputi sebarang akses yang berkaitan dengan flora, fauna, bio-genetik, mikroorganisma, sumber daripada hutan, sungai, tasik, paya, bakau, laut dan sebagainya.

 

    Setiap permohonan untuk menjalankan kajian di negeri Pahang juga perlu dimohon melalui sistem MyABS https://www.myabs.gov.my/ yang dibangunkan dan ditadbir oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.


  •  
  • Print
  • Email this page

arrow

 

Topik Hangat