Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Rumah Kos Sederhana Rendah


Penyediaan rumah kos sederhana rendah adalah disyaratkan kepada pemaju bagi pembangunan tanah milik melebihi 5 ekar untuk maksud pembangunan bercampur dengan kadar 30% daripada jumlah unit kediaman yang dibina. Pembangunan bercampur adalah ditakrifkan sebagai pembangunan kediaman bersekali dengan perniagaan  komersil / industri.

Dasar Kerajaan Negeri bagi penyediaan rumah kos sederhana rendah ini adalah dikecualikan bagi Tanah Rizab Melayu

Jenis Rumah   Teres   Pangsa
Harga Jualan   RM 70,000 - RM 90,000.00 seunit  

RM 80,000.0

Spesifikasi Rumah
Keluasan Lot Seunit   20' x 60'   -
Keluasan Lantai   800 kaki persegi  

800 kaki persegi )

Bilik Tidur   3 bilik   3 bilik
Bilik Air   2 bilik air  

2 bilik air

Spesifikasi Binaan  

Sepertimana ditetapkan oleh Lembaga
pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 

 

Sepertimana ditetapkan oleh Lembaga
pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 

 

 

Syarat-syarat Dan Kelayakan Bagi Permohonan Pendaftaran Rumah Kos Sederhana Rendah Swasta


Warganegara Malaysia
Warganegara  Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Jumlah Pendapatan
Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebih RM3,000.00 sebulan.

Umur
Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

Pemilikan

  • Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami / isteri pemohon;
  • Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan / Swasta) atau kos sederhana rendah;
  • Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh kerajaan; dan
  • Pemohon atau suami / isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberikan keterangan palsu.


Bermastautin
Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus tidak kurang daripada lima (5) tahun.

Sila Kemukakan Dokumen-dokumen Berikut :

  1. Slip Penerimaan Pendaftaran ePerumahan
     
  2. Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
     
  3. Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri
     
  4. Satu (1) Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan / Perceraian
     
  5. Satu (1) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
     
  6. Satu (1) Salinan Slip Gaji Terkini Suami / Isteri / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
     
  7. Satu (1) Salinan Slip Gaji Pemohon / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
     
  8. Satu (1) Salinan Dokumen yang membuktikan tempoh menetap di Negeri Pahang / Surat Pengesahan Bermastautin di Negeri Pahang daripada JKKK / Penghulu (Jika Pemohon bukan lahir di Negeri Pahang)
     
  9. Surat Akuan Sumpah

 

Permohonan melalui atas talian di https://eperumahan.pahang.gov.my


  •  
  • Print
  • Email this page

arrow

 

Topik Hangat