Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Soalan Lazim

Apakah itu Portal Pahang?

Portal Pahang adalah singkatan untuk Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang.  Portal Pahang merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Pahang melalui Internet.

Mengapa Portal Negeri Pahang diwujudkan?

Kini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Pahang telah disediakan secara online dan Portal Pahang diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal Pahang?

Umumnya, Portal Pahang boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.  Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.

Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal Pahang tidak akan direkodkan.  Untuk maklumat lanjut, sila layari Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan di bahagian bawah setiap halaman.

Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Pahang?

Anda boleh menghubungi:-

Bahagian Teknologi Maklumat,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang,
Tingkat 1, Blok C, Wisma Sri Pahang,
Jalan Masjid,
25503 Kuantan,

No. Telefon Am SUK : (6)09-5126600
E-mel : webmast[at]pahang[dot]gov[dot]my

Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada agensi-agensi Pentadbiran Kerajaan Pahang?

Anda boleh mengisi borang di bahagian Maklum Balas dalam Portal Pahang.  Ia akan disalurkan kepada agensi berkenaan.  Untuk ke borang Maklum Balas sila klik disini.


  •  
  • Print
  • Email this page

arrow

 

Topik Hangat