Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Tapak Biosfera

Latar Belakang Tasik Chini

Rizab Biosfera Yang Pertama Di Malaysia

Tasik Chini telah dianugerahkan status Rizab Biosfera oleh UNESCO pada Mei 2009.

Status Rizab Biosfera ini penting untuk dikekalkan kerana ia akan membantu melonjakkan imej Tasik Chini sebagai satu destinasi eko-pelancongan utama di negara, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan di Tasik Chini.

Kaya Dengan Warisan Alam Semulajadi

Satu Khazanah Alam Negara Yang Wajar Dihargai, Dilindungi Dan Dikagumi

Tasik Chini adalah sebuah ekosistem dan rizab hidupan liar yang penting dan hak milik segenap lapisan masyarakat untuk dinikmati bersama sebagai tempat rekreasi dan mencari rezeki, selain menjadi tempat tinggal Orang Asli kaum Jakun dan Semai.

Bunga teratai - ikon utama Tasik Chini

Tasik Chini bertambah seri dengan bunga teratai yang berkembang mekar dari bulan Jun hingga Januari setiap tahun. Pelbagai usaha pemuliharaan dan peningkatan kualiti air yang baik telah berjaya mengembalikan keindahan bunga-bunga teratai di Tasik Chini.

 

Sumber kehidupan untuk Orang Asli di Tasik Chini

Tiga kelompok masyarakat utama yang tinggal di sekitar Tasik Chini iaitu Orang Asli kaum Jakun dan Semai, orang Melayu tempatan dan penduduk Felda. Orang Jakun mewakili 88% kaum pribumi yang tinggal di Tasik Chini.

 

Khazanah hutan kekal terpelihara

Hutan di sekitar tasik memainkan peranan penting untuk menstabilkan alam sekitar, memulihara kepelbagaian biodiversiti, tadahan air dan sumber genetik asas flora dan fauna. Oleh itu, penanaman semula pokok hutan telah dan sedang giat dijalankan untuk memulihara khazanah warisan dunia, serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara.

 

Destinasi pendidikan dan penyelidikan biodiversiti yang unggul

Aktiviti-aktiviti penyelidikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dipergiatkan dengan pembangunan kemudahan dan fasiliti oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) seperti Kompleks Makmal Kajian Air Tawar dan kemudahan asrama bagi para penyelidik dan pelancong.

 

Kualiti Air Tasik Chini Sentiasa Dipantau

Kualiti air Tasik Chini sentiasa dipantau

7 Stesen Pemantauan

  • Sg. Melai
     
  • Sg. Chini
     
  • Sg. Jemberau
     
  • Sg. Kura-kura
     
  • Sg. Paya Merapuh
     
  • Sg. Cendahan
     
  • Sg. Gumum
     

Kualiti air di Tasik Chini telah bertambah baik di mana aktiviti-aktiviti rekreasi air kini boleh dijalankan dengan selamat.
 

Perkampungan Orang Asli Tasik Chini

Fauna Di Kawasan Tasik Chini

     

Flora Di Tasik Chini

Apakah Rizab Biosfera Tasik Chini?

  • Rizab Biosfera Tasik Chini adalah merupakan gabungan ekosistem tanah bencah air tawar tropika dan hutan hujan tropika tanah pamah dipterokarpa yang diiktiraf oleh Program UNESCO `Manusia dan Biosfera’.
  • Tasik Chini menjadi tapak `Manusia dan Biosfera’  UNESCO pada tahun 2009.
  • Keluasan Tasik Chini dianggarkan sekitar 69.22 km2

Ada berapa banyak rizab biosfera UNESCO di dunia?

Terdapat 669 tapak yang mewakili 120 buah Negara


 

Usaha-usaha pemuliharaan dan pemeliharaan Tasik Chini seperti pembersihan sungai, penstabilan cerun, penanaman semula pokok serta pemulihan flora dan fauna telah dilaksanakan secara berterusan bagi mengekalkan status Rizab Biosfera di Tasik ini. Satu Pelan Pelaksanaan Strategik untuk Tasik Chini juga telah dimuktamadkan dengan kerjasama pihak berkepentingan dan komuniti tempatan sebagai garis panduan untuk menjamin kelestarian dan kemampanan Tasik Chini.

Pengambilan sampel bagi kawalan kualiti air

Pembinaan sangkar ikan telah meningkatkan populasi ikan seperti lampam, sebarau dan kelah

Penanaman semula pokok teratai untuk memulihkan ikon Tasik Chini

Penanaman semula pokok hutan di sekitar Tasik Chini

Program kesedaran mengenai Tasik Chini bersama para pelajar

Komuniti tempatan termasuk golongan Orang Asli juga turut terlibat

Berkayak dan memancing adalah antara aktiviti yang popular di Tasik Chini

Kanak-kanak turut aktif dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan tasik

Kampung-kampung Orang Asli turut dijadikan tarikan baharu pelancong menerusi projek inap desa dan penjualan kraftangan tempatan

Tasik yang indah dan penuh misteri ini akan menggamit sesiapa sahaja untuk meneroka kekayaan sumber alam yang terdapat di sini. Namun, perlindungan Tasik Chini harus menjadi tanggungjawab setiap lapisan masyarakat supaya generasi akan datang dapat terus berpeluang menikmati segala keindahan dan keistimewaan tasik air tawar tropika semula jadi ini.

Kunjungi Dan Hayati Keindahan Tasik Chini

Sebagai satu destinasi eko-pelancongan yang menarik, terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik. Ini termasuk:

 

1. Melawat Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Pusat ini dibuka kepada pelawat dan pemelihara alam sekitar yang mahu mendapat maklumat lanjut mengenai Tasik Chini serta kepelbagaian

2. Menaiki Bot

Pelawat boleh menaiki bot untuk melawat 12 buah tasik yang berlainan di sekitar Tasik Chini dan mengunjungi perkampungan Orang Asli di Kampung Gumum, Kampung Puput dan Kampung Cendahan.

 

3. Bersantai

Tasik ini memiliki persekitaran yang cantik dan mendamaikan. Oleh itu adalah penting untuk para pengunjung untuk memulihara dan memelihara keindahan tasik ini demi generasi akan datang.

 

4. Inap Desa

Untuk merasai sendiri kehidupan sebenar di tepi sungai, pelawat boleh menginap di Inap Desa Kampung Baru Salong, yang terletak di sebelah selatan Sungai Pahang.

Lokasi Tasik Chini

 

• Tasik Chini salah satu destinasi pelancongan menarik di Pahang, terletak kira-kira 250 km dari Kuala Lumpur dan 100 km dari Kuantan, ia boleh diakses melalui jalan raya iaitu melalui Lebuhraya Karak atau Lebuhraya Segamat.

• Pelawat juga boleh ke sini dengan menaiki bot merentasi Sungai Pahang dari Kampung Belimbing dan mudik ke arah hulu Sungai Chini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pahangtourism.org.my atau mush@ukm.edu.my

Pencapaian Tasik Chini

Program untuk penduduk tempatan Tasik Chini

Penduduk tempatan termasuk golongan Orang Asli berpeluang mempertingkatkan kemahiran untuk menceburi bidang keusahawanan, melalui Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER dan entrepreneur ECER yang ditawarkan oleh ECERDC. Selain itu, para pelajar di Tasik Chini juga berpeluang mengikuti program Latihan Akademik empower ECER supaya boleh mencapai keputusan akademik yang lebih memberangsangkan. Di samping itu juga, usaha memajukan industri eko-pelancongan lestari di Tasik Chini akan bakal diterajui oleh penduduk tempatan, khasnya kepada kaum Orang Asli. Eko-pelancongan lestari akan menjana pekerjaan dan meningkatkan pendapatan komuniti tempatan, di samping meningkatkan kesedaran awam terhadap kepelbagaian biologi dan budaya tradisional di kawasan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ECERDC atau UKM.

 

Program Penanaman Pokok

   

   

Program Pelepasan Ikan

  

  

 

Lawat keatas laman untuk mendapatkan brochure tentang Tasik Chini.


  •  
  • Print
  • Email this page

Attachments:
Files
DocumentsBrochure_Tapak_Biosfera.pdfDownload
arrow

 

Topik Hangat