Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Projek Perumahan Rakyat (PPR)


Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.  PPR terdiri daripada  2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

 

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

Harga
Harga jualan seunit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah RM 30,000.00 – RM 35,000.00.

Syarat-syarat Dan Kelayakan Bagi Permohonan Pendaftaran Projek Perumahan Rakyat (PPR)


Warganegara Malaysia
Warganegara  Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Jumlah Pendapatan
Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebih RM3,000.00 sebulan.

Umur
Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

Pemilikan

  • Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami / isteri pemohon;
  • Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan / Swasta) atau kos sederhana rendah;
  • Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh kerajaan; dan
  • Pemohon atau suami / isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberikan keterangan palsu.


Bermastautin
Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus tidak kurang daripada lima (5) tahun.

Sila Kemukakan Dokumen-dokumen Berikut :

  1. Slip Penerimaan Pendaftaran ePerumahan
     
  2. Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
     
  3. Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri
     
  4. Satu (1) Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan / Perceraian
     
  5. Satu (1) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
     
  6. Satu (1) Salinan Slip Gaji Terkini Suami / Isteri / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
     
  7. Satu (1) Salinan Slip Gaji Pemohon / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
     
  8. Satu (1) Salinan Dokumen yang membuktikan tempoh menetap di Negeri Pahang / Surat Pengesahan Bermastautin di Negeri Pahang daripada JKKK / Penghulu (Jika Pemohon bukan lahir di Negeri Pahang)
     
  9. Surat Akuan Sumpah

 

Permohonan melalui atas talian di https://eperumahan.pahang.gov.my


  •  
  • Print
  • Email this page

arrow

 

Topik Hangat