Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

PR1MA Pahang

PR1MA  Pahang merupakan perumahan mampu milik yang diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi memberikan akses perumahan yang mampu dimiliki, selesa dan berkualiti kepada rakyat Negeri Pahang yang berpendapatan sederhana iaitu RM10,000.00 ke bawah satu isi rumah.

Pada tahun 2013, Kerajaan Negeri telah mensasarkan pembinaan sebanyak 15,000 unit perumahan mampu milik di Negeri Pahang dalam tempoh lima tahun bermula dari tahun 2013 hingga 2018. PR1MA Pahang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi membolehkan Kerajaan Negeri mencapai sasaran tersebut.

Sebelum PR1MA Pahang diperkenalkan, dasar Kerajaan Negeri Pahang hanya memberikan fokus kepada penyediaan perumahan kos rendah bagi memenuhi keperluan kediaman golongan berpendapatan rendah. Kerajaan Negeri menyedari dengan harga rumah yang melambung tinggi dan bekalan rumah mampu milik yang tidak mencukupi telah menyebabkan golongan berpendapatan sederhana tidak mampu membeli rumah kos tinggi dan dalam masa yang sama tidak layak untuk membeli rumah kos rendah.

PR1MA Pahang dirangka bagi membolehkan Kerajaan Negeri menawarkan bekalan perumahan mampu milik dengan harga jualan 50% lebih murah daripada harga pasaran dan keluasan rumah yang selesa kepada golongan  berpendapatan sederhana terutama golongan muda.

Jenis 1 : Rumah Berkembar Setingkat

Harga Jualan
 
RM 150,000.00

  • 10% diskaun kepada penjawat awam tertakluk maksimum 40% dari jumlah rumah PR1MA dibangunkan.
  • Harga jualan lebihan lot tepi dan lot hujung ditentukan oleh Bahagian Perumahan.
     
Spesifikasi Rumah
Keluasan Lot Minimum  

2,800 kaki persegi (40’x70’) / (35’ x 85’)

Keluasan Binaan (tidak termasuk anjung)  

1,000 kaki persegi

Bumbung  

Metal deck / Jubin konkrit

Bilik Tidur  

3 bilik – Keluasan minimum :-

Luas bilik tidur utama adalah 14’x12’ (168 kaki persegi)

Luas bilik tidur 2 dan 3 adalah 10’x12’ (120 kaki persegi)

Bilik Air  

2 bilik air dengan tandas jenis duduk  (pedestal water closet)

Kemasan Lantai  

Ruang Tamu – Jubin Seramik
Ruang Makan – Jubin Seramik
Dapur – Jubin Seramik
Bilik Air – Jubin Seramik
Bilik Tidur – Jubin Seramik

Kemasan Dinding  

Dapur dan Bilik Air – Jubin Seramik 5 kaki tinggi

Keperluan Rekabentuk  

Mematuhi keperluan rekabentuk yang digariskan oleh Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ;

Jenis 2 : Rumah Sesebuah Setingkat

Harga Jualan
 
RM 200,000.00

Jenis 3 : Rumah Pangsa (Di Cameron Highlands Atau Tanah Tinggi Sahaja)

Harga Jualan                                          
 
RM 200,000.00

  • 10% diskaun kepada penjawat awam tertakluk maksimum 40% dari jumlah rumah PR1MA dibangunkan.
     
Spesifikasi Rumah
Keluasan Binaan  

1,000 kaki persegi 

Bumbung  

Metal deck / Jubin konkrit

Bilik Tidur  

3 bilik – Keluasan minimum :-

Luas bilik tidur utama adalah 14’x12’ (168 kaki persegi)

Luas bilik tidur 2 dan 3 adalah 10’x12’ (120 kaki persegi)

Bilik Air  

2 bilik air dengan tandas jenis duduk  (pedestal water closet)

Kemasan Lantai  

Ruang Tamu – Jubin Seramik
Ruang Makan – Jubin Seramik
Dapur – Jubin Seramik
Bilik Air – Jubin Seramik
Bilik Tidur – Jubin Seramik

Kemasan Dinding  

Dapur dan Bilik Air – Jubin Seramik 5 kaki tinggi

Keperluan Rekabentuk  

Mematuhi keperluan rekabentuk yang digariskan oleh Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ;

Syarat-syarat Dan Kelayakan Bagi Permohonan Pendaftaran Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang

Warganegara Malaysia
Warganegara  Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Jumlah Pendapatan
Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebih RM10,000.00 sebulan.

Umur
Keutamaan kepada yang berumur 40 tahun ke bawah.

Bermastautin
Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus tidak kurang daripada lima (5) tahun.

Sila Kemukakan Dokumen-dokumen Berikut :

  1. Slip Penerimaan Pendaftaran ePerumahan
     
  2. Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
     
  3. Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri
     
  4. Satu (1) Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan / Perceraian
     
  5. Satu (1) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
     
  6. Satu (1) Salinan Slip Gaji Terkini Suami / Isteri / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
     
  7. Satu (1) Salinan Surat Perakuan Majikan
     
  8. Satu (1) Salinan Slip Gaji Pemohon / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
     
  9. Satu (1) Salinan Penyata Taksiran Cukai  Pendapatan
     
  10. Satu (1) Salinan Dokumen yang membuktikan tempoh menetap di Negeri Pahang / Surat Pengesahan Bermastautin di Negeri Pahang daripada JKKK / Penghulu (Jika Pemohon bukan lahir di Negeri Pahang)
     
  11. Surat Akuan Sumpah

Permohonan melalui atas talian di https://eperumahan.pahang.gov.my

  •  
  • Print
  • Email this page

arrow

Topik Hangat