Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Projek Rumah Makmur

 

Projek Rumah Makmur adalah sebagai penambahbaikan kepada program PR1MA Pahang.

 

PR1MA Pahang merupakan perumahan mampu milik yang diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi memberikan akses perumahan yang mampu dimiliki, selesa dan berkualiti kepada golongan berpendapatan sederhana iaitu pendapatan RM10,000.00 ke bawah satu isi rumah

 

Projek Rumah Makmur yang dijual pada harga RM80,000.00 bertujuan untuk memberikan akses perumahan mampu milik kepada golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah iaitu RM5,000.00 kebawah satu isi rumah selaras dengan perumahan untuk semua.

 

Jenis 1 : Rumah Teres

Harga Jualan  

RM 80,000.0

Spesifikasi Rumah
Keluasan Lot Minimum (landed)  

20' x 65' ( 1,300 kaki persegi )

Keluasan Lot Minimum (rumah bertiang)  

20' x 55' ( 1,100 kaki persegi )

Luas Binaan Minimum (tidak termasuk anjung)   800 kaki persegi
Bilik Tidur  

3 bilik – Keluasan minimum :-

Luas bilik tidur utama adalah 10’x16’ (160 kaki persegi)

Luas bilik tidur 2 dan 3 adalah 10’x12’ (120 kaki persegi)

Bumbung  

Metal deck / Jubin konkrit

Bilik Air  

2 bilik air 

Kemasan Lantai  

Ruang Tamu – Jubin Seramik
Ruang Makan – Jubin Seramik
Dapur – Jubin Seramik
Bilik Air – Jubin Seramik
Bilik Tidur – Lepaan Simen

Kemasan Dinding  

Dapur dan Bilik Air – Jubin Seramik 5 kaki tinggi

 

 

Syarat-syarat Dan Kelayakan Bagi Permohonan Pendaftaran Projek Rumah Makmur
 

Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Jumlah Pendapatan
Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebih RM5,000.00 sebulan.

Umur
Keutamaan kepada yang berumur 40 tahun ke bawah.

Bermastautin
Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus tidak kurang daripada lima (5) tahun. 

Pemilikan
Tidak memiliki rumah
 

 

Sila Kemukakan Dokumen-dokumen Berikut :

  1. Slip Penerimaan Pendaftaran ePerumahan
     
  2. Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
     
  3. Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri
     
  4. Satu (1) Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan / Perceraian
     
  5. Satu (1) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
     
  6. Satu (1) Salinan Slip Gaji Terkini Suami / Isteri / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
     
  7. Satu (1) Salinan Surat Perakuan Majikan
     
  8. Satu (1) Salinan Slip Gaji Pemohon / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
     
  9. Satu (1) Salinan Penyata Taksiran Cukai  Pendapatan
     
  10. Satu (1) Salinan Dokumen yang membuktikan tempoh menetap di Negeri Pahang / Surat Pengesahan Bermastautin di Negeri Pahang daripada JKKK / Penghulu (Jika Pemohon bukan lahir di Negeri Pahang)
     
  11. Surat Akuan Sumpah

 

Permohonan melalui atas talian di https://eperumahan.pahang.gov.my


  •  
  • Print
  • Email this page

arrow

 

Topik Hangat