Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (Tahun 2023)

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pentadbiran ini sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang bagi Tahun 2023 yang bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan hati warga Pejabat SUK Pahang mengenai beberapa aspek kerja semasa.

3.         Untuk makluman YH Dato’/ Tuan/Puan, hasil kajian ini juga merupakan salah satu kriteria dalam penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Tier 2. Analisa kajian ini juga akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan) bagi penambahbaikan.

4.         Sehubungan dengan itu, kerjasama YH. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk melengkapkan kajian tersebut dan dipanjangkan kepada semua kakitangan dibawah YH. Dato’/Tuan/Puan untuk turut serta dalam kajian tersebut di url seperti berikut:

https://esurvey.pahang.gov.my/print_esurvey.php?soal_id=384

5.         Sebarang pertanyaan berkenaan kajian ini, boleh menghubungi pegawai berikut:

                  Nama pegawai                       : Nurul Mazliya binti Zakaria

                  No Telefon                             : 09-5132 334

                  E-mel                                     : mazliya@pahang.gov.my

                  Nama Pegawai                       : Norfazlina

                  No Telefon                             : 09-5163 405

6.         Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak YB.Dato’/YH. Dato’/Tuan/Puan dalam menjayakan kajian ini di dahului dengan terima kasih.

 

Sekian.

"Mudah, Cepat, Telus"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

 Seksyen Perhubungan Awam

 Unit Korporat

 Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

 Tel: 09-5132 334 / 5157 449

 Fax: 09-5157 448

Diterbitkan pada 16 November, 2023 Diterbitkan Oleh Sufian
arrow

 

Topik Hangat