Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Perbadanan Taman Negeri Pahang

PENGENALAN PERBADANAN TAMAN NEGERI PAHANG (PTNP)

 

    Sektor pelancongan merupakan salah satu aktiviti penyumbang utama kepada peningkatan hasil ekonomi setempat di Negeri Pahang. Namun tiada satu agensi di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang menerajui pengurusan sumber alam bagi tujuan meningkatkan industri pelancongan Negeri Pahang secara keseluruhannya. Maka, penubuhan PTNP sebagai satu organisasi yang dapat menguruskan aset pelancongan Negeri Pahang dan mewujudkan negeri eko-pelancongan memandangkan Negeri Pahang memiliki banyak taman negeri, tasik negeri, gua-gua dan hutan simpan yang masih terpelihara.

FUNGSI-FUNGSI PERBADANAN TAMAN NEGERI PAHANG (PTNP)

 

    Perbadanan Taman Negeri Pahang merupakan sebuah organisasi yang akan mengawal selia dan menyelaras semua sumber alam semula jadi di Negeri Pahang. Perbadanan ini juga berperanan sebagai agensi pemantau dan penyelaras dari aspek keselamatan dan pencerobohan taman negeri, tasik negeri dan hutan simpan. Selain itu, Perbadanan ini juga akan membantu Kerajaan Negeri Pahang meningkatkan jumlah pelaburan dalam sektor pelancongan. Berikut adalah fungsi Perbadanan Taman Negeri Pahang.

CARTA ORGANISASI PERBADANAN TAMAN NEGERI PAHANG (PTNP)

 

PERANCANGAN PERBADANAN TAMAN NEGERI PAHANG (PTNP)

 

Berikut merupakan antara perancangan daripada Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP):-


  •  
  • Print
  • Email this page

arrow

 

Topik Hangat