Apa Itu Data Terbuka?
Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Pejabat SUK Pahang dengan kerjasama jabatan dan agensi di bawahnya telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan agensi.
Katalog Data Terbuka
TAJUK |
FORMAT |
---|---|
XLS |
|
Senarai Pasar Awam, Pasar Malam dan Pasar Tani Seluruh Negeri Pahang |
XLS |
Untuk maklumat lanjut dan terkini, layari Katalog Data Terbuka Kerajaan Negeri Pahang - Data Terbuka Negeri Pahang