Pengenalan
- Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. 
- Pelaksanaan PTM ini telah berkuatkuasa mulai Januari 2013 bagi menggantikan Kursus Induksi sepertimana arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012. 
- Setiap penjawat awam yang telah dilantik di dalam perkhidmatan adalah wajib untuk menghadiri PTM sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan. 
- Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah seperti berikut: - i. Pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan - ii. Pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi – Modul Umum 
- Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat: - i. Pegawai telah hadir dengan jaya PTM; atau - ii. Hadir dengan jaya Kursus Induksi – Modul Umum; atau - iii. Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu. 
Objektif PTM
- Memberi pendedahan mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan asas perkhidmatan awam. 
- Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam. 
- Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan lebih cekap serta berkesan. 
- Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju. 
Pelaksanaan Program
- Tempoh: 7 Hari. 
- Pelaksanaan: Tanpa mengira kumpulan perkhidmatan atau dibuat secara berasingan. 
- Kurikulum PTM tidak menjurus skop Kementerian/Jabatan/Agensi Ketua. 
- Jabatan digalakkan mengadakan sesi penerangan kepada pegawai. 
- Pematuhan kepada kurikulum ditetapkan. Sebarang pengubahsuaian dari segi tempoh, kurikulum dan penilaian PTM perlu kelulusan JPA. 
- Permohonan hendaklah melalui pautan berikut; Permohonan Mengikuti Program Transformasi Minda 





 
				
 Profil PSUK
 Profil PSUK Aplikasi Online
 Aplikasi Online Pelan Strategik
 Pelan Strategik Info ICT
 Info ICT Pekeliling, Warta & Surat Arahan
 Pekeliling, Warta & Surat Arahan Sumber Manusia
 Sumber Manusia Anugerah Pahang 1st (APF)
 Anugerah Pahang 1st (APF)









