jata-doa

PORTAL RASMI

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG

image

Carian

w3c

W3C

feedback

Aduan & Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

webmail

Webmail

Login

home

Kerajaan Negeri Pahang

Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font

Tujuh (7) Tonggak Aspirasi Pahang 1st

TONGGAK 1: AGAMA, WARISAN DAN INSTITUSI DIRAJA

  • Menzahirkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sebagai payung kedaulatan, teras kestabilan politik, dan lambang perpaduan negeri.
  • Memartabatkan syiar Islam sebagai asas kepada falsafah pentadbiran dan dasar pembangunan negeri berlandaskan Maqasid Syariah.
  • Memperkukuh peranan institusi Islam, masjid, sekolah tahfiz, dan pondok moden dalam membina ummah yang berilmu serta berakhlak.
  • Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perkhidmatan, ilmu, dan penyatuan masyarakat.
  • Memulihara manuskrip, artifak, bangunan bersejarah, seni halus, dan persembahan tradisional warisan Pahang. 

TONGGAK 2: LONJAKAN EKONOMI

  • Memperkenalkan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025 hingga 2030 (PET30) untuk menyusun semula ekonomi secara mampan dan inklusif.
  • Menumpukan kepada sektor bernilai tinggi seperti industri agro-makanan, peladangan, bahan termaju (advanced materials), dan ekopelancongan.
  • Memanfaatkan projek strategik berimpak tinggi seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pembangunan berorientasikan transit (TOD) di stesen ECRL, serta Taman Perindustrian Halal di Gambang dan Gebeng.
  • Mensasarkan peningkatan hasil tahunan kerajaan negeri sehingga mencecah RM2 bilion dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. 

TONGGAK 3: PENDIDIKAN & TVET

  • Menjadikan agenda pendidikan sebagai jambatan mobiliti sosial bagi merapatkan jurang antara kawasan bandar, luar bandar, dan perkampungan Orang Asli.
  • Mengangkat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui inisiatif seperti Pahang Skills dan Akademi Rel sebagai laluan pekerjaan berkemahiran tinggi.
  • Melatih generasi muda dalam bidang masa hadapan seperti kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital agar berdaya saing di peringkat global.
  • Menyelaras sokongan pembiayaan pendidikan dan biasiswa anak negeri menerusi peranan Yayasan Pahang, UNIQSAAS, dan UCYP University. 

TONGGAK 4: TADBIR URUS DINAMIK

  • Menuntut penjawat awam bertindak sebagai pemegang amanah dasar dan pelindung integriti kerajaan.
  • Memupuk budaya kerja berorientasikan hasil dan impak sebenar kepada kehidupan rakyat.
  • Melaksanakan pendigitalan perkhidmatan awam secara menyeluruh demi meningkatkan kecekapan dan ketelusan.
  • Menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa melalui dasar integriti tanpa kompromi. 

TONGGAK 5: PEMBANGUNAN LESTARI

  • Memelihara status negeri Pahang sebagai "paru-paru Semenanjung" dengan lebih 57 peratus kawasan berhutan.
  • Memperluas pewartaan Hutan Simpan Kekal serta melindungi kawasan tadahan air dan tanah lembapan bagi menangani perubahan iklim.
  • Membanteras pencerobohan tanah secara tegas melalui Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP).
  • Menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu seperti solar, mini-hidro, dan biogas, serta membangunkan aktiviti ekopelancongan berasaskan pemuliharaan. 

TONGGAK 6: NEGERI SEJAHTERA

  • Memastikan dasar kebajikan negeri merangkumi seluruh lapisan masyarakat dari peringkat kelahiran sehingga warga emas.
  • Memperluas pemilikan rumah mampu milik menerusi skim Rumah Rakyat Pahang, PR1MA Pahang, Rumah Makmur, dan Pangsapuri Pahangku.
  • Mengukuhkan komuniti FELDA sebagai rakan strategik kemajuan luar bandar melalui Sekretariat Muafakat FELDA Pahang.
  • Menyediakan ruang penglibatan aktif bagi belia, wanita, orang kurang upaya (OKU), badan bukan kerajaan (NGO), dan masyarakat Orang Asli. 

TONGGAK 7: KEPIMPINAN MASA DEPAN

  • Menjadikan adat resam, sejarah negeri, dan nilai tradisi sebagai teras pembangunan sahsiah rakyat.
  • Menepis pengaruh negatif pemodenan agar anak muda sentiasa mengenal identiti, adab, dan akar budaya sendiri. 

image

  •  
  • Print
  • Email this page