logo-jatajata-doa

PORTAL RASMI

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG

image

Carian

w3c

W3C

webmail

Webmail

Login

home

Kerajaan Negeri Pahang

Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font

Anugerah Pahang 1st

image

Apa itu APF

Anugerah Pahang 1st (APF) merupakan sebuah program Anugerah Kecemerlangan yang diperkenalkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang sebagai usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam bagi semua Jabatan, Badan Berkanun dan Agensi di Negeri Pahang. Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan insentif bagi prestasi tadbir urus yang cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan.

Program ini julung kali diperkenalkan dan dilaksanakan pada tahun 2022 dan telah menjadi sebuah majlis yang penuh bersejarah untuk negeri Pahang dalam meraikan kejayaan dan telah dihasratkan oleh YAB Menteri Besar Pahang untuk dijadikan majlis anugerah dwi tahunan yang berprestij sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti dan berprestasi tinggi.

 

Objektif

  1. Memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Negeri kepada organisasi bagi prestasi tadbir urus yang cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan

  2. Meningkatkan mutu perkhidmatan awam Negeri Pahang sebagai organisasi yang dinamik dan relevan serta kalis masa hadapan

  3. Menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi dan budaya pengurusan tepat dalam organisasi perkhidmatan awam Negeri Pahang

image

  1. Bolehkah pemenang APF terdahulu memasuki kitaran semasa APF?

    Ya. Semua pemenang terdahulu dijemput untuk mengambil bahagian dalam setiap penganjuran APF kecuali pemenang Anugerah Tertinggi iaitu Anugerah YAB Menteri Besar Pahang yang mesti mematuhi tempoh bertenang selama dua edisi penganjuran APF.

     

  2. Berapakah kos yang dikenakan untuk menyertai APF?

    Tiada yuran penyertaan dikenakan.

     

  3. Bilakah keputusan pemenang anugerah diumumkan?

    Keputusan pemenang anugerah akan diumumkan dalam majlis APF yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang.

     

  4. Bagaimanakah cara untuk pemohon mengajukan sebarang kemusykilan berkaitan dengan APF dan mendapatkan bantuan bagi melengkapkan penyertaan APF?

    Pemohon boleh mengajukan sebarang kemusykilan dengan menghubungi talian berikut untuk bertanya soalan:

  • Hotline APF: 09-5161 345 / 09-5163 403 / 09-5157 449 

         (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

  • E-mel: apf@pahang.gov.my

GALERI 2022

ANUGERAH PAHANG 1ST 2022

RANGKUMAN ANUGERAH PAHANG 1ST
GALERI 2023

image

Pautan Pencalonan Program Anugerah Pahang 1st (APF)
https://apf.pahang.gov.my/

Sekretariat Anugerah Pahang 1st

Blok C, Unit Korporat

Wisma Sri Pahang

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

25503 Kuantan

Pahang Darul Makmur

Tel: 09-5157449

E-mail: apf@pahang.gov.my

Pautan pencalonan: https://apf.pahang.gov.my
 

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan APF, sila hubungi:

  • Puan Shanti Akmardini binti Shaharani
    (shanti.akmardini@pahang.gov.my)
  • Tuan Ts. Muhaimin Mustaqim bin Jamaludin
    (muhaimin.mustaqim@pahang.gov.my)
  • Puan Siti Fatihah binti Che Mood
    (fatihah.cm@pahang.gov.my
  • Puan Wan Munira binti Wan Ismayudin
    (munira@pahang.gov.my)


  •  
  • Print
  • Email this page