Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang

KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA TENGKU AMPUAN PAHANG
TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH 
BINTI
ALMARHUM SULTAN ISKANDAR AL-HAJ

DK.,DMN.,SSAP.,SIMP.,DK(Johor).,SPMJ.,DK.(Brunei).,DK.(Selangor)


Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, DK., DMN., SSAP., SIMP., DK.(Johor)., SPMJ., DK.(Brunei).,DK.(Selangor). telah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor. Baginda merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada bulan 6 Mac 1986. Baginda telah dikurniakan dengan  empat (4) orang putera dan dua (2) orang puteri:-

  1. Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SIMP.
  2. Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, DK., SSAP., SIMP.,
  3. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  4. Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  5. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  6. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah


 

sumber :

Portal Diraja Pahang


  •  
  • Print
  • Email this page

arrow

 

Topik Hangat