Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

e-Penyertaan

Polisi e-Penyertaan

Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan/Undian dan Kajian Soal Selidik yang terdapat dalam Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang :

  1. Memuat naik, emel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara-perkara berikut :-
  • Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, berbaur fitnah, kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat benci, perkauman,keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidak menyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan Portal  Rasmi Kerajaan Negeri Pahang.
  • Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman  web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.
  • Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan fungsi mana-mana perisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikasi.
  1. Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).
  2.  Mengancam, mengintip atau memalukan mana-mana pengguna lain.
  3. Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan portal ini;
  4. Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan portal, server atau jaringan yang disambungkan kepada portal

Kajian Selidik

KAJI SELIDIK E-PENYERTAAN 

Anda boleh mengemukakan sebarang cadangan atau pandangan berkenaan topik yang dibincangkan. Segala maklumat yang diperoleh akan dikumpul dan dinilai.
 
KAJI SELIDIK YANG DIBUKA: 

 

BIL

TAJUK KAJIAN

1

  BELANJAWAN 2024 NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

e-Perundingan

Dasar e-Perundingan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-perundingan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan Negeri Pahang.

Kerajaan Negeri Pahang sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Perundingan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

 

Media Sosial

. . .
Kerajaan Negeri Pahang Pejabat SUK Pahang RSS
 


  •  
  • Print
  • Email this page

arrow

 

Topik Hangat