Logo Pahang PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
Webmail Pahang
 
 
Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
[marco]Main Layout - Language Block|62[/marco]

Latar Belakang Peperiksaan

  1. LATAR BELAKANG PEPERIKSAAN

 

  1. Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2011, semua pegawai di dalam tempoh percubaan adalah disyaratkan untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan sebelum layak dipertimbangkan seterusnya disahkan di dalam perkhidmatan.
     
  1. Peperiksaan ini (Subjek Jabatan) diadakan bertujuan untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai yang baru dilantik secara tetap bagi jawatan-jawatan seperti berikut: -
     
  1. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
  2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
  3. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
  4. Penghulu Gred NP29
     
  1. Calon-calon peperiksaan disyaratkan lulus kesemua kertas di Bahagian yang telah ditetapkan dalam Sukatan Peperiksaan.
     
  1. Calon-calon yang telah lulus mana-mana bahagian adalah dikecualikan daripada menduduki/mengambil semula bahagian tersebut.
     
  1. Markah lulus peperiksaan adalah ditetapkan di dalam Mesyuarat Panel Peperiksaan Perkhidmatan Negeri Pahang.
     
  1. Keputusan peperiksaan yang dikeluarkan dalam dalam bentuk LULUS atau KANDAS sahaja dan ianya adalah muktamad.
     
  1. Pengecualian Peperiksaan Bagi Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam
     
  1. Melalui keputusan Mesyuarat Panel Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Bil 4 Tahun 2018 bahawa berkuatkuasa  13 Disember 2018 sebarang permohonan untuk pengecualian bagi menduduki Peperiksaan Subjek Jabatan tidak akan dipertimbangkan bagi pegawai yang ditukar lantik ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi dari skim perkhidmatan asal.
     
  2. Keputusan ini hanya berkuatkuasa kepada peperiksaan anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang sahaja.

 


  •  
  • Print
  • Email this page