Logo Pahang PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
Webmail Pahang
 
 
Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
[marco]Main Layout - Language Block|62[/marco]

Dasar Privasi

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pelawat. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi sektor awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan atau merekodkan aduan, maklumat yang diperlukan disalurkan kepada agensi kerajaan yang lain.

Data Peribadi

Pelawat mungkin diminta mengemukakan maklumat peribadi seperti nama dan alamat e-mel untuk penggunaan perkhidmatan di Portal Pahang ini. Perkhidmatan tersebut adalah seperti penghantaran notis melalui e-mel, maklum balas portal atau cadangan idea/aplikasi. Sebarang maklumat peribadi yang dikemukakan kepada portal ini tidak akan didedahkan melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang. 

Maklumat Terkumpul

Tiada sebarang maklumat peribadi anda disimpan semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang anda putuskan untuk dikemukakan melalui penghantaran e-mel atau langganan perkhidmatan e-mel di portal ini.

Portal ini hanya berkongsi maklumat anda dengan agensi kerajaan lain sekiranya soalan anda berkaitan dengan agensi tersebut, atau sebaliknya sekiranya diperlukan. Portal ini tidak mengumpul maklumat atau mewujudkan profil individu untuk pemasaran komersial.

Maklumat Log

Apabila anda melayari portal ini, kami mungkin menyimpan maklumat log berikut secara automatik seperti alamat protokol Internet tempat anda melayari, tarikh dan masa, nama portal tempat anda membuat pautan, nama fail atau perkataan yang anda cari, butiran yang anda klik pada portal, dan pelayar serta sistem pengoperasian yang anda gunakan.

Maklumat log ini digunakan untuk mengukur bilangan pelawat yang berkunjung ke portal ini dan mengenal pasti prestasi atau masalah sistem. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu dalam membangunkan portal, analisis corak penggunaan, dan untuk menjadikan portal ini lebih berguna. Portal ini tidak berkongsi atau menjual data pelawat bagi tujuan pengiklanan, pemasaran atau sebarang tujuan komersial.

Penggunaan Cookies

Portal ini menghasilkan Cookies, yang dikumpulkan oleh pelayar portal bagi membolehkan ia mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. Cookies ini tidak menyimpan data anda secara kekal dan ia juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. Cookies akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.

Pautan Kepada Portal Lain

Portal ini mempunyai pautan ke portal lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pelawat dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal yang dilayari.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk perisian penyulitan data digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Pindaan Dasar

Sekiranya terdapat sebarang pindaan pada dasar, ia akan dikemas kini di halaman ini. Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi dan keselamatan bagi memastikan anda sentiasa tahu tentang maklumat yang disimpan, kaedah dan waktu ia digunakan.


  •  
  • Print
  • Email this page