Logo Pahang PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
Webmail Pahang
 
 
Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
[marco]Main Layout - Language Block|62[/marco]

Sejarah Pelaksanaan MS ISO Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (PSUK) mula mendapat pengiktirafan pensijilan ISO sejak 18 April 2008 bagi versi MS ISO 9001:2000.


Walau bagaimanapun, versi tersebut telah tamat sejurus versi 2008 (pindaan ketiga) diperkenalkan. Maka, pada 28 Ogos 2009 PSUK Pahang telah dipersijilkan semula dengan mengguna pakai MS ISO 9001:2008 dan pensijilan ini sah sehingga 14 September 2018. Dalam tempoh tersebut, PSUK Pahang telah melalui audit pemantauan (surveillance audit) dan audit pensijilan semula (recertification audit) oleh pihak SIRIM secara berjadual.


Pada 23 September 2015, MS ISO versi 2015 (pindaan keempat) diterbitkan, sekaligus menggantikan versi 2008. Sebagaimana yang ditetapkan oleh agensi pengelola ISO ini, semua sijil MS ISO 9001:2008 akan terbatal secara automatik selepas 3 tahun dari tarikh penerbitan versi baharu tersebut,
 

Susulan daripada itu, PSUK Pahang telah mengadakan Majlis Pelancaran MS ISO 9001:2015 pada 12 hingga 13 Januari 2016. Majlis tersebut telah diadakan bagi tujuan pengenalan dan pemahaman versi baharu 2015 kepada semua pegawai pengurusan, ahli jawatan kuasa audit dalam dan pemilik proses di bahagian/ unit di bawah tadbiran PSUK Pahang. Selain itu, ia adalah simbolik kepada penerimaan versi baharu menggantikan versi sedia ada.
 

MS ISO 9001:2015 ditambahbaik dengan memperkenalkan elemen baharu iaitu Pengurusan Risiko. Justeru, bengkel penyediaan pelan pengurusan risiko telah diadakan pada 7 hingga 9 Mac 2016 dan disusuli dengan bengkel semakan pelan risiko pada 22 hingga 25 April 2016. Penyediaan pelan pengurusan risiko ini adalah sebagai memenuhi keperluan standard baharu tersebut.
 

Melalui Mesyuarat Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Bil. 1/2016, bersetuju dokumen kualiti dan pelaksanaan MS ISO 9001:2015 digunapakai berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.
 

Bermula 1 Januari 2017 sehingga pengauditan terkini pada 13 hingga 15 Ogos 2018 (surveillance audit MS ISO 9001:2015 (Upgrading)), PSUK Pahang telah melalui fasa peralihan dari versi 2008 kepada versi 2015. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya adalah bengkel pemantapan juruaudit dalam, semakan dokumen kualiti berdasarkan keperluan versi baharu dan sebagainya.
 

Melalui sesi pengauditan oleh SIRIM pada 13 hingga 15 Ogos 2018, PSUK Pahang berjaya dianugerahkan Pensijilan MS ISO 9001:2015 tanpa sebarang teguran (NCR). Ini merupakan satu kejayaan besar bagi seluruh warga PSUK Pahang. Pensijilan ini sah selama 2 tahun berkuatkuasa pada 15 September 2018 sehingga 15 September 2020.
 

Sehingga sekarang Pensijilan MS ISO 9001:2015 terus berjaya dikekalkan utk tempoh 2021 – 2023 dan 2023 – 2026 melalui Audit Pensijilan Semula terkini yang diadakan pada 10 hingga 12 April 2023 yang lalu tanpa sebarang teguran NCR dan hanya mendapat tiga (3) cadangan ruang penambahbaikan (OFI) yang merangkumi cadangan untuk memperluaskan skop pensijilan bagi memastikan pentadbiran ini melaksanakan penambhbaikan yang berterusan selaras dengan perubahan dan cabaran semasa.

 

 Diagram Timeline MS ISO 9001 PSUK Pahang


  •  
  • Print
  • Email this page