Logo Pahang PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
Webmail Pahang  
 
Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
[marco]Main Layout - Language Block|62[/marco]

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Pengenalan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah melaksanakan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S sejak tahun 2010 bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan dan seiring dengan langkah-langkah transformasi perkhidmatan awam.  5S merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan.

 

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada EKSA. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berpretasi tinggi, berkualiti dan berinovatif di kalangan jabatan/agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga sektor awam.

 

Amalan EKSA Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang merupakan salah satu inisiatif kualiti yang amat berkesan dalam usaha menerapkan budaya penambahbaikan, menitiberatkan imej korporat, memberikan perkhidamtan terbaik kepada pelangan dan mengutamakan aspek penjimatan iaitu elemen Go Green telah ditekankan. 

Polisi Dan Objektif

Polisi EKSA Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang adalah “Memastikan budaya kerja ke arah persekitaran berkualiti menjadi prinsip utama serta amalan berterusan di dalam menjalankan perkhidmatan demi meningkatkan daya saing organisasi”.

 

Objektif EKSA Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang adalah :-

 

  1. Mewujudkan tempat kerja yang bersih, kemas dan sistematik untuk keselesaan warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang;
  2. Mengukuhkan amalan kerja berpasukan melalui amalan EKSA;
  3. Meningkatkan mutu perkhidmatan kerja melalui penerapan budaya kualiti, inovasi dan amalan hijau dan;
  4. Menjadikan budaya persekitaran EKSA sebagai asas kecemerlangan organisasi.

Senarai Zon

BIL

SENARAI ZON

BAHAGIAN / UNIT

1.

  ZON ANGGERIK

  1. Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri (MMKD)
  1. Pejabat Menteri Besar (PMB)

2.

  ZON BOURGENVILLA

  1. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
  1. Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
  1. Bahagian Perumahan (BP)
  1. Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Rasmi (Protokol)
  1. Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT)
  1. Bahagian Perancangan Ekonomi (BPEN)
  1. Unit Integriti (UI)
  1. Unit Audit Dalam (UAD)

3.

  ZON CEMPAKA

  1. Bahagian Teknologi Maklumat (BTM)
  1. Unit Korporat

4.

  ZON DAHLIA

  1. Badan Kawal Selia Air (BKSA)
  1. Unit Bangunan dan Aset (Aset)

5.

  ZON EXORA

  1. Majlis Sukan Pahang (MSP)

Logo

Garis Panduan

Portal Rasmi

Portal Rasmi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang boleh dilayari di pautan berikut :

http://eksa.pahangnet/


  •  
  • Print
  • Email this page