Logo Pahang PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
Webmail Pahang
 
 
Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
[marco]Main Layout - Language Block|62[/marco]

Soalan Lazim (FAQ) PTM

FAQ Untuk Pegawai Awam

  1. Apakah Program Transformasi Minda?

 

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan yang diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam.

(Perenggan 4 PP 14/2012)

  1. Siapakah yang disyaratkan untuk menduduki PTM?

 

Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

  1. pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan

  2. pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum.

(Perenggan 6 PP 14/2012)

 

  1. Adakah pegawai yang belum lulus Ujian Akhir Kursus Induksi perlu menghadiri PTM?

 

Ya. Mulai 1 Januari 2013, pegawai yang belum lulus Ujian Akhir Kursus Induksi perlu menghadiri PTM.

(Perenggan 6 PP 14/2012)

 

  1. Adakah pegawai yang telah mengikuti Kursus Induksi – Modul Umum tetapi keputusan belum diperolehi pada 1 Januari 2013 perlu mengikuti PTM?

 

Tidak perlu kerana pegawai telah mengikuti Kursus – Modul Umum sebelum 1 Januari 2013. Pegawai hanya perlu mengikuti PTM sekiranya beliau gagal dalam kursus yang diikuti.

(Perenggan 6 PP 14/2012)

 

  1. Apakah status pegawai yang telah menghadiri kursus Induksi Modul Khusus sahaja?

 

Pegawai yang hanya pernah menghadiri Kursus Induksi Modul Khusus sahaja masih dikehendaki menghadiri PTM memandangkan pengecualian PTM hanya diberikan kepada pegawai yang telah hadir dengan jaya Kursus Induksi Modul Umum.

(Perenggan 6 PP 14/2012)

 

  1. Siapakah yang boleh mendapat pengecualian daripada mengikuti PTM?

 

Pegawai yang boleh mendapat pengecualian daripada mengikuti PTM adalah:

  1. Pegawai telah hadir dengan jaya PTM; atau

  2. Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau

  3. Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.

(Perenggan 7 PP 14/2012)

 

  1. Bolehkah pegawai dari kumpulan pelaksana (sokongan) yang telah dilantik ke kumpulan pengurusan dan profesional dikecualikan daripada menghadiri PTM?

 

Boleh dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat:

  1. pegawai telah hadir dengan jaya PTM; atau

  2. hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau

  3. lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.

(Perenggan 7 PP 14/2012)

 

  1. Apakah status pegawai dari Kumpulan Sokongan I dan kemudiannya dilantik ke Gred 41, adakah perlu mengikuti PTM?

 

Tidak perlu. Hanya pegawai lantikan pertama sahaja yang perlu mengikuti PTM. Pegawai juga telah mengikuti PTM pada gred terdahulu.

(Perenggan 7 PP 14/2012)

 

  1. Siapakah yang boleh memberikan pengecualian menghadiri PTM?

 

Pengecualian menghadiri PTM boleh diberikan oleh Pengurus Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/Agensi tanpa perlu merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

(Perenggan 8 PP 14/2012)

  1. Apakah kandungan / kurikulum PTM?

 

PTM dibahagikan kepada tiga segmen iaitu:

  1. Segmen I: Negara dan Perkhidmatan Awam;

  2. Segmen II: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai; dan

  3. Segmen III: Budaya Kerja Kelas Pertama.

(Perenggan 9 PP 14/2012)

 

  1. Berapa lamakah tempoh pelaksanaan PTM?

 

Tempoh pelaksanaan program adalah lima (5) hari.

(Perenggan 10 PP 14/2012)

 

  1. Siapakah yang akan melaksanakan PTM?

 

PTM akan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi di mana pegawai bertugas.

(Perenggan 10 PP 14/2012)

 

13. Adakah pegawai gunasama di Kementerian/Jabatan/Agensi boleh mengikuti PTM di Kementerian/Jabatan/Agensi?

 

Boleh. Pegawai boleh mengikuti di Kementerian/Jabatan/Agensi di mana pegawai bertugas.

(Perenggan 10 PP 14/2012)

 

  1. Apakah kaedah/aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam PTM?

 

PTM boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah/aktiviti seperti latihan dalam kumpulan (LDK), sesi interaktif, perbincangan kumpulan, perbincangan kes, kuiz, e-Pembelajaran, ujian psikometrik atau kaedah lain yang bersesuaian yang dipersetujui oleh Panel Pengurusan PTM di Kementerian/Jabatan/Agensi.

(Perenggan 13 PP 14/2012)

 

  1. Adakah terdapat sebarang elemen ujian atau penilaian di dalam PTM?

 

Penilaian PTM dibuat secara penilaian sepanjang program berdasarkan kepada aktiviti dan kaedah penilaian yang ditetapkan oleh JPA menggunakan borang penilaian di Kembaran A pekeliling. Penilaian kefahaman akan dilaksanakan di akhir sesi PTM.

(Perenggan 14 PP 14/2012)

 

  1. Apakah kriteria yang dinilai sepanjang PTM?

 

Penilaian sepanjang program dijalankan berasaskan kepada tiga (3) kriteria utama iaitu disiplin dan personaliti, komitmen serta penilaian kefahaman.

(Perenggan 3.1 Garis Panduan Penilaian Program Transformasi Minda-Lampiran C PP 14/2012)

 

  1. Bolehkah pegawai yang berminat untuk mengikuti PTM memohon walaupun telah mengikuti Kursus Induksi Modul Umum dengan jayanya?

 

Pegawai boleh mengemukakan permohonan kepada Panel Pengurusan PTM di Kementerian/Jabatan/Agensi dan tertakluk kepada persetujuan panel berkenaan untuk meluluskan permohonan berkenaan.

(Perenggan 19 PP 14/2012)

 

  1. Adakah pegawai perlu mengikuti semula keseluruhan PTM sekiranya beliau tidak melengkapkan PTM?

 

Pegawai perlu mengulang semula mana-mana segmen yang tidak lengkap dengan persetujuan Panel Pengurusan PTM atas sebab-sebab yang dibenarkan.

(Perenggan 20 PP 14/2012)

 

  1. Adakah pegawai perlu menduduki semula penilaian kefahaman sekiranya beliau tidak melengkapkan PTM?

 

Situasi 1:
Sekiranya pegawai telah menduduki penilaian kefahaman tetapi tidak melengkapkan PTM maka pegawai hanya perlu mengulang semula segmen yang tidak lengkap tanpa penilaian kefahaman.

Situasi 2:
Sekiranya pegawai belum menduduki penilaian kefahaman dan tidak melengkapkan segmen maka pegawai perlu mengulangi kedua-duanya.

(Perenggan 20 PP 14/2012)

 

  1. Apakah kesan kepada pegawai sekiranya pegawai gagal PTM?

 

Pegawai yang gagal PTM disebabkan masalah disiplin dan komitmen tidak dibenarkan mengulang semula PTM dan boleh ditamatkan perkhidmatannya.

(Perenggan 22 PP 14/2012)

 

  1. Bolehkah pegawai yang gagal PTM mengulangi semula PTM?

 

Tidak boleh. Pegawai yang gagal PTM tidak dibenarkan mengulang semula PTM dan boleh ditamatkan perkhidmatanya.

(Perenggan 22 PP 14/2012)

FAQ Untuk Pelaksana

  1. Apakah tujuan penubuhan Panel Pengurusan PTM?

 

Panel Pengurusan PTM diwujudkan di semua Kementerian/Jabatan/Agensi yang melaksanakan PTM bertujuan menguruskan pelaksanaan PTM di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi.

(Perenggan 17 PP 14/2012)

 

  1. Apakah tanggungjawab Panel Pengurusan PTM?

 

Tanggungjawab Panel Pengurusan PTM adalah seperti berikut:

  1. menetapkan kaedah pelaksanaan program yang bersesuaian;

  2. menimbang dan mengesahkan laporan kehadiran dan laporan penilaian sepanjang program bagi setiap pegawai yang menghadiri PTM;

  3. menimbangkan kebenaran mengulang bagi pegawai yang tidak melengkapkan PTM tertakluk pada tempoh percubaan pegawai;

  4. mengeluarkan dan memperakukan sijil kehadiran kepada pegawai yang telah hadir dengan jaya PTM; dan

  5. menimbangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan PTM.

(Perenggan 19 PP 14/2012)

 

24. Adakah pegawai yang terpaksa meninggalkan program atas sebab-sebab tertentu perlu mengulangi keseluruhan program?

 

Pegawai yang tidak melengkapkan PTM hendaklah mengulang semula segmen yang belum dilengkapkan.

(Perenggan 21 PP 14/2012)

 

  1. Adakah pegawai yang tidak melengkapkan PTM perlu memohon untuk mengikuti semula PTM?

 

Ya. Pegawai hendaklah mengemukakan permohonan kepada urus setia bagi tujuan mengulang semula segmen berkenaan.

(Perenggan 21 PP 14/2012)

 

 

  1. Bolehkah Kementerian/Jabatan/Agensi melaksanakan PTM kurang dari 5 hari?

 

Sebarang pengubahsuaian dari segi tempoh, kurikulum dan penilaian PTM selain daripada yang ditetapkan hendaklah mendapat kelulusan daripada JPA.

(Perenggan 25 PP 14/2012)

 

  1. Bolehkah Kementerian/Jabatan/Agensi mengubahsuai atau meminda kurikulum PTM?

 

Sebarang pengubahsuaian dari segi tempoh, kurikulum dan penilaian PTM selain daripada yang ditetapkan hendaklah mendapat kelulusan daripada JPA.

(Perenggan 25 PP 14/2012)

 

  1. Adakah kurikulum bagi kumpulan sokongan dan kumpulan pengurusan dan profesional berbeza?

 

Kurikulum yang digunakan untuk PTM adalah sama untuk semua kumpulan perkhidmatan. Ini kerana pelaksanaan PTM boleh dibuat tanpa mengira kumpulan perkhidmatan/gred jawatan.

(Perenggan 10 PP 14/2012)

 

  1. Adakah pelaksanaan PTM boleh dibuat secara berasingan antara kumpulan sokongan dan kumpulan pengurusan dan profesional?

 

Pelaksanaan PTM boleh dibuat tanpa mengira kumpulan perkhidmatan/gred jawatan atau dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian Kementerian/Jabatan/Agensi.

(Perenggan 10 PP 14/2012)

 

  1. Sekiranya Kementerian/Jabatan/Agensi di mana pegawai ditempatkan tidak mampu melaksanakan PTM, bolehkah pegawai menumpang mengikuti PTM di Kementerian/Jabatan/Agensi lain?

 

Boleh. Kementerian/Jabatan/Agensi yang tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan PTM atas sebab-sebab tertentu boleh menumpangkan pegawainya untuk menghadiri PTM di Kementerian/Jabatan/Agensi lain tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. urusan penumpangan dipersetujui oleh kedua-dua pihak Kementerian/Jabatan/Agensi yang menumpang dan menerima pegawai sebagai pegawai tumpangan;

  2. Sijil PTM yang dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang melaksanakan program tersebut hendaklah diterima pakai bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan; dan

  3. sekiranya Kementerian/Jabatan/Agensi yang menerima pegawai sebagai pegawai tumpangan mengenakan bayaran pengurusan, kadar yang dikenakan hendaklah munasabah dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

(Perenggan 12 PP 14/2012)

 

  1. Siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil PTM sekiranya pegawai menumpang PTM di Kementerian/Jabatan/Agensi lain?

 

Sijil PTM dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang melaksanakan program tersebut.

(Perenggan 12 PP 14/2012)

 

  1. Adakah sijil PTM yang dikeluarkan oleh agensi pelaksana PTM diterimapakai dalam urusan pengesahan dalam perkhidmatan pegawai?

 

Ya. Sijil PTM yang dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang melaksanakan program tersebut hendaklah diterima pakai bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

(Perenggan 12 PP 14/2012)

 

  1. Berapa kalikah pelaksanaan PTM boleh diadakan?

 

Pelaksanaan PTM boleh diadakan mengikut keperluan Kementerian/Jabatan/Agensi.

(Perenggan 10 PP 14/2012)

 

  1. Adakah tempoh pelaksanaan PTM selama lima (5) hari merangkumi kesemua tiga (3) segmen yang dinyatakan?

 

Ya. Kesemua tiga segmen berkenaan akan dirangkumi di dalam tempoh lima (5) hari berkenaan. Namun begitu, skim perkhidmatan yang mensyaratkan Kursus Asas atau Pra-Perkhidmatan kepada pegawai lantikan baru boleh mengintegrasikan kurikulum PTM dalam Kursus Asas atau Pra-Perkhidmatan tersebut.

(Perenggan 10 & 11 PP 14/2012)

 

  1. Adakah masih ada modul umum dan khusus dalam PTM?

 

Tiada modul umum dan khusus dalam PTM. Kerangka kurikulum PTM ini terbahagi kepada tiga (3) segmen utama iaitu:

  1. Segmen I: Negara dan Perkhidmatan Awam;

  2. Segmen II: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai; dan

  3. Segmen III: Budaya Kerja Kelas Pertama.

(Perenggan 9 PP 14/2012)

 

  1. Bolehkah Kementerian/Jabatan/Agensi meneruskan kursus induksi Modul Khusus?

 

Kursus Induksi Modul Khusus tidak lagi dilaksanakan mulai 1 Januari 2013. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan di mana pegawai ditempatkan masih digalakkan untuk mengadakan sesi penerangan mengenai fungsi organisasi dengan lebih terperinci. Sesi penerangan tersebut tidak dianggap sebagai sebahagian daripada PTM dan tidak dijadikan syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

(Perenggan 16 PP 14/2012)

 

  1. Bolehkah Kementerian/Jabatan/Agensi melaksanakan PTM di luar pejabat?

 

Boleh. Kementerian/Jabatan/Agensi digalakkan untuk menggunakan kemudahan institut-insitut latihan awam yang disediakan bagi tujuan ini.

(Perenggan 10 PP 14/2012)

 

  1. Bagaimanakah penilaian terhadap peserta PTM dilakukan memandangkan tiada ujian akhir?

 

Penilaian PTM dibuat secara penilaian sepanjang program berdasarkan kepada aktiviti dan kriteria penilaian yang ditetapkan dan penilaian kefahaman di akhir sesi.

(Perenggan 14 PP 14/2012)

 

  1. Dalam keadaan bagaimanakah seseorang pegawai boleh dikatakan gagal PTM?

 

Pegawai yang gagal PTM adalah disebabkan masalah disiplin dan komitmen. Pegawai ini tidak dibenarkan mengulang semula PTM dan boleh ditamatkan perkhidmatannya.

(Perenggan 22 PP 14/2012)

  1. Apakah kriteria yang dinilai sepanjang PTM?

 

Penilaian sepanjang program dijalankan berasaskan kepada tiga (3) kriteria utama iaitu disiplin dan personaliti – 50 markah, komitmen – 30 markah dan penilaian kefahaman – 20 markah.

(Perenggan 3.1 Garis Panduan Penilaian Program Transformasi Minda – Lampiran C PP 14/2012)

 

  1. Berapakah markah lulus PTM?

 

Markah lulus PTM adalah 60 markah.

(Kembaran A Lampiran C PP 14/2012)

 

  1. Bolehkah Kementerian/Jabatan/Agensi mengubahsuai atau meminda kriteria penilaian sepanjang program yang telah ditetapkan?

 

Sebarang pengubahsuaian dari segi tempoh, kurikulum dan penilaian PTM selain daripada yang ditetapkan hendaklah mendapat kelulusan daripada JPA.

(Perenggan 25 PP 14/2012)

 

  1. Bagaimanakah Kementerian/Jabatan/Agensi boleh mendapatkan soalan bagi penilaian kefahaman?

 

Kementerian/Jabatan/Agensi boleh merujuk kepada pihak JPA untuk mendapatkan soalan bagi penilaian kefahaman sebelum melaksanakan PTM.

 

  1. Bolehkah Kementerian/Jabatan/Agensi melantik syarikat perunding (consultant) untuk melaksanakan PTM bagi pihak Kementerian/Jabatan/Agensi?

 

PTM perlu dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi. Sekiranya tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan PTM atas sebab-sebab tertentu, Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan boleh menumpangkan pegawainya untuk menghadiri PTM di agensi lain tertakluk kepada syarat-syarat yang telah diperuntukkan.

(Perenggan 12 PP 14/2012)

 

  1. Siapakah yang layak menjadi penilai semasa PTM?

 

Penilaian semasa PTM hendaklah dilaksanakan oleh fasilitator yang merupakan pegawai awam yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan mengendalikan PTM secara sepenuh masa untuk agensi berkenaan.

(Perenggan 3.2 Garis Panduan Penilaian Program Transformasi Minda-Lampiran C PP 14/2012)

Pertanyaan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Bahagian Sumber Manusia

(Unit Modal Insan)

Tingkat Bawah, Blok B, Wisma Sri Pahang

25503 KUANTAN

 

No. Telefon : 09-5149496 / 09-5149493 / 09-5149492

No. Faks     : 09-5149290

Emel          :  bpsm[at]pahang.[dot]gov[dot]my     


  •  
  • Print
  • Email this page