Logo Pahang PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
Webmail Pahang
 
 
Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
[marco]Main Layout - Language Block|62[/marco]

Perlembagaan MBJ

Nama Majlis

  1. Majlis Bersama Jabatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang digabungkan di bawah satu Majlis Bersama Jabatan yang selepas ini dinamakan sebagai "Majlis Bersama Jabatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang" dengan menggunakan satu nombor pendaftaran Majlis Bersama Jabatan.

Keahlian

2.  Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Pejabat Kewangan Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang digabungkan di bawah satu MBJ yang selepas ini dinamakan sebagai MBJ Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. 

Majlis Bersama Jabatan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (selepas ini disebut sebagai “Majlis”) hendaklah mengandungi tiga puluh satu (31) orang ahli secara keseluruhannya termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-setiausaha yang terdiri daripada YB Setiausaha Kerajaan Pahang selaku Pengerusi dan sebelas (11) orang ahli yang dilantik oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pegawai”) dan sembilan belas (19) orang ahli yang dipilih oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang  (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pekerja”).

Pihak Pegawai

3. Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai- pegawai yang berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang seperti berikut:
 

i.    YB Setiausaha Kerajaan Pahang                                                            -  Pengerusi

ii.    YB Pegawai Kewangan                                                                           -  Ahli

iii.    Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)                                         - Ahli

iv.    Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)                                     - Ahli

v.    Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia               - Ahli

vi.    Setiausaha Bahagian Bahagian Perancang Ekonomi Negeri                 - Ahli

vii.    Setiausaha Bahagian Bahagian Teknologi Maklumat                             -  Ahli

viii.    Setiausaha Bahagian Bahagian Khidmat Pengurusan                            - Ahli

ix.    Setiausaha Bahagian Bahagian Kerajaan Tempatan                                - Ahli

x.    Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Pejabat Menteri Besar                 - Ahli

xi.    Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang                            - Ahli

xii.    Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia    - Setiausaha

Ahli-ahli Pihak Pegawai hendaklah dilantik atas nama jawatan masing-masing dan tiada had tempoh masa bagi memegang jawatan di dalam Majlis.

Pihak Pekerja

4.    Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja- pekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Gred 48 dan ke bawah, tidak terlibat dalam membuat keputusan, bukan Ketua Bahagian/Unit dan dipilih oleh pekerja-pekerja itu sendiri. Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang akan disediakan buat permulaan oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pekerja dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan diluluskan oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang. Ahli-ahli Pihak Pekerja adalah seperti berikut:

 

  1. Wakil Skim Perkhidmatan:                                                -    2 orang
    • Pegawai Tadbir dan Diplomatik
    • Pegawai Undang-undang

 

  1. Wakil Skim Perkhidmatan:                                                - 1 orang
    • Jurutera
    • Pegawai Perancang Bandar dan Desa
    • Penolong Jurutera
  1. Wakil Skim Perkhidmatan:                                                - 1 orang
    • Pegawai Teknologi Maklumat
    • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
    • Juruteknik Kompute
  1. Wakil Skim Perkhidmatan:                                                - 1 orang
    • Pegawai Psikologi
    • Pegawai Belia dan Sukan
    • Pegawai Penerangan
    • Penolong Pegawai Belia dan Sukan
    • Penolong Pegawai Penerangan
    • Pembantu Belia dan Sukan
    • Pembantu Penerangan
  1. Wakil Skim Perkhidmatan:                                                - 2 orang
    • Akauntan
    • Juruaudit
    • Penolong Juruaudit
    • Penolong Akauntan
    • Pembantu Tadbir (Kewangan)
    • Pembantu Juruaudit
    •  
  1. Wakil Skim Perkhidmatan:                                                - 1 orang
    • Penolong Pegawai Perikanan
    • Pembantu Perikanan
    •  
  1. Wakil Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir        - 1 orang

 

  1. Wakil Skim Perkhidmatan:                                                  - 1 orang
    • Setiausaha Pejabat
    • Pembantu Setiausaha Pejabat
    •  
  1. Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 - N28        - 1 orang

 

  1. Wakil Skim Perkhidmatan:                                                - 2 orang
    • Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
    • Pegawai Khidmat Pelanggan
    • Jurufoto
    • Pembantu Makmal

 

  1. Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi                - 1 orang

 

    xii   Wakil Skim Perkhidmatan Pengawal Keselamatan        - 1 orang

 
  1. Wakil Skim Perkhidmatan:                                                - 2 orang
    • Pembantu Awam
    • Pembantu Kemahiran
    • Pemandu Kenderaan
       
  1. Wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang    -  1 orang

 

  1. Wakil Pejabat Kewangan Negeri Pahang                -    1 orang

 

Pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Pihak Pekerja adalah dibuat dari kalangan ahli-ahli Pihak Pekerja yang dilantik dan pemilihan itu hendaklah dibuat oleh Pihak Pekerja sendiri tanpa campur tangan dari Pihak Pengurusan. Pengerusi Pihak Pekerja akan menjadi Naib Pengerusi kepada MBJ manakala Setiausaha Pihak Pekerja akan menjadi Setiausaha Bersama.

Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Pejabat/Skim Perkhidmatan/Gred yang memilih pekerja-pekerja itu sendiri.

 Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun mulai daripada tarikh perlantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih.

Ahli- Ahli Majlis

4.1 Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada ahli yang dipilih dan menjadi Pengerusi ahli Pihak Pekerja. Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja menjadi Setiausaha Bersama bagi Majlis.

Tujuan

 9.1Tujuan Majlis adalah:

    i. untuk memperolehi seluas-luasnya kerjasama yang menyeluruh di antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dengan kakitangan-kakitangan yang bergaji di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan                  pekerja-  pekerja yang berkenaan; dan

  1. untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul pelbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Bidang dan Fungsi

10.    Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis seperti berikut:

  1. membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan dan hal-hal perseorangan.

 

  1. membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja- kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat di bawah mana tugas-tugas mereka jalankan.

 

  1. menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih mengenai pentadbiran pelbagai jabatan; dan

 

  1. mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor daripada kakitangan mengenai perkara ini.

Mesyuarat - Mesyuarat

11.1    Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis ini hendaklah diadakan sekali dalam tempoh tiga (3) bulan iaitu empat (4) kali setahun.

11.2    Korum bagi mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang daripada 50% iaitu enam (6) orang ahli Pihak Pegawai dan 50% iaitu sepuluh (10) orang ahli Pihak Pekerja.

11.3    Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha- setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara- perkara yang tidak termasuk di dalam           agenda hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi Majlis.

11.4    Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut dipersetujui oleh Pegawai-Pegawai Majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara            yang dinyatakan dalam notis panggilan mesyuarat berkenaan.

11.5    Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, maka ahli Pihak Pegawai yang terkanan boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis dengan kebenaran daripada Pengerusi. Dalam apa keadaan sekalipun, Naib Pengerusi iaitu Pengerusi Pihak            Pekerja tidak boleh mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis.

11.6    Minit Mesyuarat MBJ hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja.

 

Keputusan

17.    Segala keputusan mesyuarat hendaklah dicapai secara persetujuan bersama di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja.

18.    Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan jabatan- jabatan lain dan tidak pula bercanggah dengan dasar Kerajaan dan dasar Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, boleh diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Bagi keputusan                yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan atau pun dengan jabatan-jabatan lain, ianya hendaklah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atau jabatan-jabatan yang berkenaan.

Pindaan Kepada Perlembagaan

19.    Perlembagaan Majlis boleh dipinda di dalam mana-mana mesyuarat Majlis dengan persetujuan tidak kurang daripada 50% ahli Pihak Pegawai dan 50% ahli Pihak Pekerja. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli- ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kelulusan.

20.    Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai penggubal dasar boleh menetapkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat dan pertentangan di antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja mengenai penggubalan dan pindaan perlembagaan. Segala keputusan yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam adalah muktamad selari dengan kuasa yang diperuntukkan dalam mana-mana Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa.


  •  
  • Print
  • Email this page