Logo Pahang PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
Webmail Pahang
 
 
Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
[marco]Main Layout - Language Block|62[/marco]

Latar Belakang dan Objektif

Latar Belakang

HRMIS adalah salah satu projek di bawah Aplikasi Perdana Projek Kerajaan Elektronik. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku agensi pusat yang bertanggungjawab ke atas dasar sumber manusia perkhidmatan awam telah dipilih sebagai agensi utama (lead agency) bagi meneraju pelaksaaan projek ini.

Pelaksanaan Projek HRMIS meliputi dua fasa. Fasa 1 telah bermula pada 12 April 1999 melibatkan kajian, pembangunan dan pelaksanaan aplikasi HRMIS di 10 agensi perintis iaitu JPA, Pejabat Perdana Menteri, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan HAiwan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Kesihatan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Majlis Amanah Rakyat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Ketua Menteri Negeri Sarawak. Pembangunan aplikasi HRMIS di bawah Fasa 1 telah siap pada 30 September 2004. Seterusnya di Fasa 2, pelaksanaan HRMIS telah diperluaskan (rollout) ke semua agensi Kerajaan yang lain.

Objektif HRMIS

  • Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia;
     
  • Mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia;
     
  • Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;
     
  • Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses sumber manusia dan capaian melalui single window;
     
  • Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless; dan
     
  • Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.


  •  
  • Print
  • Email this page