Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang merupakan agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam mengkoordinasi keselamatan siber dengan meletakkan pegawai rujukan keselamatan siber di bawah satu pasukan yang dikenali sebagai Pasukan CERT.
Pasukan Computer Emergency Response Team (CERT) Pahang yang ditubuhkan pada 16 Jun 2010 berperanan mengendalikan insiden keselamatan ICT di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan agensi di bawah kawalannya. Ketua Jabatan agensi perlu memastikan pengurusan insiden siber di agensi mematuhi Proses Kerja Pelaporan Insiden Keselamatan ICT CERT Pahang.