Logo Pahang PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
Webmail Pahang  
 
Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
[marco]Main Layout - Language Block|62[/marco]

Fungsi Bahagian/Unit

BAHAGIAN

FUNGSI

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

  • Mengurus penempatan anggota perkhidmatan dan semua urusan berkaitan sepanjang dan selepas perkhidmatan.

  • Mengurus urusan prestasi, pergerakan gaji, kenaikan pangkat dan kaunseling.

  • Mengurus maklumat penjawat awam di negeri Pahang

  • Merancang keperluan sumber manusia dan melaksanakan kajian struktur perjawatan

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan dan kompetensi penjawat awam di negeri Pahang

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Memberi khidmat perunding pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem aplikasi dan perolehan peralatan serta perisian di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri

  • Merancang dan mengurus rangkaian komunikasi antara jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri

  • Memberi khidmat sokongan, bantuan teknikal dan mengurus latihan-latihan ICT kepada kakitangan teknikal ICT di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang

  • Menetapkan tatacara dan piawaian keselamatan, pengumpulan data dan pembangunan sistem aplikasi

PEJABAT MENTERI BESAR

  • Mengurus hal ehwal pentadbiran Pejabat YAB. Menteri Besar Pahang; dan

  • Mengurus aktiviti dan program YAB. Menteri Besar.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Mengurus dan menyelenggara hal ehwal pentadbiran am jabatan.

  • Mengurus dan mengawal peruntukan tahunan Pejabat SUK.

  • Mengurus perolehan sebutharga, pembelian terus dan tender.

  • Mengurus, menyelenggara dan penyelaras stor.

  • Mengurus permohonan, penyelenggara dan surat menyurat kenderaan.

  • Menguruskan penyelenggaraan bangunan dan ruang pejabat.

  • Mengurus permohonan dan pelupusan aset alih.

  • Menguruskan kawalan keselamatan Pejabat SUK.

  • Memberi khidmat persembahan kesenian dan kebudayaan.

BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN

  • Pengurusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, Dewan Undangan Negeri (DUN), dan Jemaah Pengampunan Negeri (JPN).

MAJLIS SUKAN PAHANG

  • Merancang, mengurus dan mentadbir semua kepentingan berkaitan sukan berprestasi tinggi.

  • Menyedia kemudahan sukan bagi tujuan pembangunan sukan negeri.

BAHAGIAN ISTIADAT DAN PENGURUSAN MAJLIS RASMI

  • Menyelaras dan mengurus perjalanan Istiadat dan Majlis-Majlis Rasmi di Peringkat Negeri dan Persekutuan di Negeri Pahang Darul Makmur.

  • Mengurus dan memberi khidmat protokol bagi Istiadat, Majlis-Majlis Rasmi dan Perayaan di Peringkat Negeri dan Persekutuan.

  • Menyedia dan mengedar kad-kad jemputan bagi acara-acara rasmi peringkat Negeri dan Persekutuan.

  • Urus Setia kepada Jawatankuasa Pentadbiran bagi Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur.

  • Mengurus dan menyediakan surat tawaran bagi Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur untuk ditandatangani oleh Pendaftar Darjah atau Menteri Darjah.

  • Mengurus dan menyediakan surat-surat jemputan kepada penerima-penerima kurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur di Istiadat Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan,Pahang.

BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI NEGERI

  • Menyelaras perancangan makro, fizikal dan spatial negeri Pahang.

  • Merancang dan menyelaras pengagihan peruntukan projek-projek pembangunan negeri.

  • Memproses dan menyelaras permohonan pelaburan dan penswastaan di atas tanah kerajaan negeri.

  • Merancang dan menyelaras pembangunan wilayah serta pembangunan sektor-sektor pertanian dan luar bandar, infrastruktur, perlombongan, pembangunan masyarakat, alam sekitar, perindustrian dan pelancongan.

BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN

  • Menyelaras, mengesan dan mengawal perjalanan dan aktiviti-aktiviti Pihak Berkuasa Tempatan supaya menepati dasar-dasar kerajaan (Negeri dan Persekutuan).

  • Menyelaras permohonan PBT yang memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri iaitu pelantikan Yang DiPertua, Setiausaha dan Ahli Majlis, Belanjawan Tahunan, Pemakaian Undang-Undang Kecil, Penetapan Kadar dan Senarai Nilaian dan Penyata Tahunan.

BAHAGIAN PERUMAHAN

  • Merancang, menyelaras dan melaksana dasar serta strategi perumahan dan mengesan serta menilai kemajuan dan pencapaian matlamat perumahan negeri meliputi projek PAKR, PPRM dan PR1MA Pahang.

  • Menguruskan pendaftaran terbuka bakal-bakal pembeli rumah dan pengagihan perumahan kos rendah, sederhana rendah dan PR1MA Pahang.

  • Menguatkuasa perjanjian sewa dan pemilihan PAKR dan PPRM.

  • Mengurus permohonan tanah dan pindah hak milik.

BADAN KAWAL SELIA AIR

  • Mengurus, mengawal dan menyelaras sumber air dan mutu air di negeri Pahang.

  • Mengurus dan mengawal tadahan air secara bersepadu.

  • Mengurus dan mengeluarkan lesen bagi pembekalan air mentah

  • Menguatkuasa Enakmen Sumber Air 2007

UNIT AUDIT DALAM

  • Mengaudit agensi-agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

  • Memberi khidmat perundingan secara objektif terhadap kawalan dalaman dan tadbir urus jabatan dan agensi-agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

UNIT KORPORAT

  • Menyelaras pelbagai program/ aktiviti/ urusan yang melibatkan YB. SUK

  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan program kualiti di pentadbiran SUK dan lain-lain jabatan dan agensi di negeri Pahang.

  • Menyelaras pelaksanaan sistem pengurusan aduan di pentadbiran SUK Pahang dan pelbagai jabatan dan agensi negeri Pahang

UNIT INTEGRITI

  • Mengesan dan mengesahkan aduan serta menerima, membuat siasatan dan laporan ke atas aduan / maklumat mengenai salah laku jenayah dan pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

  • Melaksanakan program pengukuhan dan peningkatan integriti serta akauntabiliti dikalangan penjawat awam negeri Pahang.

  • Mengurus tindakan tatatertib dan pengisytiharan harta bagi pegawai perkhidmatan awam / anggota Pejabat SUKN Pahang.



  •  
  • Print
  • Email this page