Logo Pahang PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
Webmail Pahang
 
 
Kembali ke pengaturan asal Kecilkan saiz fontSenderhanakan saiz fontBesarkan saiz font
[marco]Main Layout - Language Block|62[/marco]

Visi, Misi, Moto

Visi

Visi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dirangka bagi mencapai aspirasi dan kehendak daripada pihak Stakeholder dan Pelanggan. Ini adalah penting bagi menjamin halatuju dan matlamat akhir sistem penyampaian perkhidmatan akan memberi impak yang tinggi kepada kumpulan sasaran.

Justeru itu, Visi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ialah :
 

    


Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang perlu berada selangkah ke hadapan daripada organisasi lain dalam usaha mentadbir negeri dan menjadi model yang ulung dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Dalam hal ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang perlu sentiasa memastikan kekal berada sebagai peneraju pentadbiran di peringkat negeri dalam membuat keputusan bagi kepentingan rakyat dan pembangunan sosioekonomi Negeri Pahang Darul Makmur.

Transformasi perkhidmatan awam merupakan satu bentuk pusingan yang perlu dilaksanakan sepanjang masa bagi memastikan mutu penyampaian  perkhidmatan awam kekal berdaya saing dan mencapai standard yang dikehendaki oleh stakeholder dan pelanggan.

Kejayaan pelaksanaan visi perlulah disokong dengan kualiti mutu perkhidmatan yang terbaik menerusi penyediaan dan pemilikan modal insan yang berkualiti yang memiliki nilai-nilai integriti yang terpuji.

Tempoh masa 5 tahun ditetapkan bermula pada tahun 2022 hingga 2025 adalah sasaran yang rasional sejajar dengan visi di peringkat nasional untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Misi

Penetapan misi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang adalah berlandaskan kepada keperluan penyediaan tadbir urus yang berkualiti, telus dan cepat yang akan menjadi tunjang dalam menghasilkan pembangunan sosioekonomi yang mampan.

Sejajar dengan hasrat tersebut, penetapan misi adalah menggabungkan keperluan 2 elemen utama iaitu tadbir urus berkualiti dan pembangunan sosioekonomi yang inklusif.

Misi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang adalah :

Melihat kepada penetapan misi, keperluan kepada penyediaan dan pembangunan modal insan yang berkualiti dan berkebolehan merupakan aset yang sangat diperlukan bagi menjamin pelaksanaan sistem tadbir urus yang cekap, cepat dan telus menerusi nilai-nilai integriti yang tinggi, pemikiran yang kreatif dan pelaksanaan dan penghasilan inovasi yang berupaya mencorak sistem penyampaian perkhidmatan yang senantiasa memenuhi hasrat dan aspirasi pihak berkepentingan.

Moto / Slogan

Moto Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang merupakan refleksi kepada mutu perkhidmatan yang ditawarkan kepada pihak pelanggan dan berfungsi sebagai akujanji Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang kepada stakeholder dan pelanggan dalam menjamin kualiti perkhidmatan yang terbaik.

Moto Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ialah :

 

 

Nilai - Nilai Bersama

Nilai-nilai bersama dibentuk berdasarkan kepada perkataan SUK PAHANG yang memilih elemen-elemen positif dan terpuji yang perlu dimiliki oleh setiap warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Pemahaman dan pelaksanaan nilai-nilai bersama yang berunsur positif adalah sejajar dengan keperluan bagi membangun dan memiliki tenaga kerja yang komited, berintegriti dan berinovasi dalam segenap aspek dan berusaha dalam melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas bagi memenuhi aspirasi stakeholder dan pelanggan.

S

SETIA

Setia kepada organisasi, negeri dan negara

U

UNGGUL

Unggul dalam menerajui perkhidmatan tadbir urus dan pembangunan negeri

K

KREATIF

Kreatif dan inovatif dalam meningkatkan inspirasi dan menjana kejayaan

P

PROFESIONAL

Profesional dalam penyampaian perkhidmatan

A

AMANAH

Amanah dalam melaksanakan tanggungjawab

H

HARMONI

Harmoni dalam perhubungan sesama warga kerja dan pelanggan

A

ARIF

Arif dan kompeten dalam bidang kerja

N

NEKAD

Nekad berusaha untuk mencapai kejayaan

G

GIGIH

Gigih dalam melaksanakan tanggungjawab


  •  
  • Print
  • Email this page