Program Sharing HRMIS Application Knowledge & Experience (Share) Modul Data Perjawatan Siri 1 Tahun 2018 Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

KUANTAN, 20 April 2018  – Satu Bengkel Hands-On HRMIS yang diberikan nama baharu iaitu Program Sharing HRMIS Application Knowledge & Experience (SHARE) Modul Data Perjawatan Siri 1 Tahun 2018 telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Bengkel tersebut berlangsung selama dua hari bermula pada 18 April hingga 19 April 2018. Seramai 40 orang peserta dari pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang telah menghadiri bengkel tersebut yang telah diadakan di Makmal Komputer ICT, Pahang Skills Development Centre (PSDC) Kuantan, Pahang. Antara objektif pelaksanaan Bengkel HRMIS Modul Data Perjawatan adalah untuk memberi pendedahan baharu tentang kriteria terkini KPI Data Perjawatan HRMIS bagi Tahun 2018 disamping menyelesaikan KPI HRMIS Elemen Data Perjawatan bagi Tahun 2018. Matlamat utama Bengkel HRMIS Modul Data Perjawatan telah diimplementasi dengan jayanya apabila hampir 95% tugasan yang diberikan sepanjang tempoh 2 hari bengkel tersebut dapat dilaksanakan dan diselesaikan dengan baik oleh para peserta.

Diterbitkan pada 4 Mei, 2018 Diterbitkan Oleh