Kursus Training of Trainers (TOT) bagi Program Pementoran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Tahun 2018 Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

KUANTAN, 15 Februari 2018  – Unit Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah menganjurkan Kursus Training of Trainers (TOT) bagi Program Pementoran bertempat di Dewan SUK Blok C, Wisma Sri Pahang yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 12 Februari 2018 dan telah berakhir pada 14 Februari 2018. Program ini dilaksanakan kepada penjawat awam untuk memberi pendedahan serta pengetahuan berhubung peranan dan keperluan pementoran dalam perkhidmatan awam. Selain itu, intipati sahsiah yang ingin turut ditekankan kepada peserta dengan memberi pendedahan tentang kemahiran perhubungan pementoran diantara pekerja berpengalaman dengan pekerja lantikan baru. Disamping itu, kursus ini dapat meningkatkan kemahiran untuk melaksanakan peranan sebagai mentor dan menti di jabatan masing-masing. Penceramah program dijemput khas dari Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu Puan Noridah binti Jaafar. Seramai 51 orang peserta yang terdiri daripada 29 orang lelaki dan 22 orang peserta wanita telah mendapat pelbagai ilmu baharu dan pendedahan tentang peningkatan kemahiran untuk melaksanakan peranan sebagai mentor dan menti di jabatan masing-masing supaya mencapai objektif pementoran dan lebih produktif dalam pelaksanaan kerja masing-masing. Antara objektif lain yang telah disampaikan kepada peserta ialah dengan memberi pendedahan berhubung peranan dan keperluan pementoran dalam perkhidmatan awam serta memberi pendedahan kepada peserta berhubung plan perhubungan pementoran.

Diterbitkan pada 2 April, 2018 Diterbitkan Oleh Sufian