Buat julung kalinya, sebuah program mendaki bukit (hiking) secara santai diadakan di seluruh daerah di Negeri Pahang. Bersempena dengan program ini, lokasi pendakian di setiap daerah akan dipromosikan melalui “live streaming” pada hari tersebut. Peserta berpeluang untuk mendaki Bukit Pelindung (Kuantan), Bukit Tanjung Batu (Pekan), Bukit Buluh (Jerantut), Bukit Kolam (Raub), Bukit Kertau (Maran), Mossy Forest (Cameron Highlands), Bukit Ridan (Rompin), Bukit Peninjau (Lipis), Bukit Raka (Bentong), Bukit Senorang (Bera) dan Bukit Woh (Temerloh)