Hebahan: Panduan Penyediaan Risalah Perkhidmatan-Perkhidmatan Utama Agensi Sektor Awam Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

Sukacita dimaklumkan bahawa Panduan Penyediaan Risalah Perkhidmatan-Perkhidmatan Utama Agensi Sektor Awam telah boleh mula dimuat turun melalui Portal Rasmi MAMPU di pautan seperti yang berikut :

https://www.mampu.gov.my/ms/pekeliling/category/190-2019

Panduan ini adalah bertujuan sebagai rujukan oleh agensi sektor awam dalam penyediaan risalah bagi aktiviti-aktiviti utama agensi khususnya yang melibatkan urusan dengan orang ramai. Risalah tersebut boleh dijadikan sebagai instrumen untuk membantu rakyat memahami sesuatu proses perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi Kerajaan dengan lebih baik dan telus.

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk membantu MAMPU membuat hebahan dan menguar-uarkan mengenai penggunaan Panduan Penyediaan Risalah Perkhidmatan-Perkhidmatan Agensi Sektor Awam seperti yang dilampirkan kepada warga Kementerian/Jabatan/Agensi melalui semua medium komunikasi sedia ada dan turut memuatnaik ke laman sesawang rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi tuan/puan.

Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pegawai-pegawai berikut boleh dihubungi:

            (i)    Nama         :        Encik Mohd Haslan bin Hussain

                   Tel.             :        03-8872 3161

                   Faks           :        03-8888 5145

                   Email          :        haslan@mampu.gov.my

 

            (ii)   Nama         :        Encik Md Khairulnizam bin Mohd Misnan

                   Tel.             :        03-8872 6253

                   Faks           :        03-8888 5145

                   Email          :        mdkhairul@mampu.gov.my

 

Diterbitkan pada 26 Julai, 2019 Diterbitkan Oleh Sufian