Hebahan: Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri Tahun 2019 Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran MAMPU, JPM Tahun 2019 yang melibatkan pelbagai Kementerian/Agensi/Jabatan, entiti perniagaan/sektor swasta dan individu yang pernah berurusan dengan MAMPU akan bermula pada  15 Julai hingga 30 Ogos 2019. Kajian yang bertujuan menilai tahap kepuasan pelanggan luaran terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh MAMPU ini  akan dilaksanakan secara dalam talian (online) dan boleh dicapai melalui  pautan https://forms.gle/7q3fZdkffJ87riATA . Maklumat lanjut mengenai hebahan kajian juga boleh dilayari melalui laman sesawang MAMPU (www.mampu.gov.my) dan media sosial MAMPU iaitu di Facebook, Twitter dan Instagram MAMPU.

Sehubungan dengan itu, kerjasama Tuan/Puan adalah dimohon agar dapat membantu untuk menghebahkan mengenai maklumat ini kepada warga Kementerian/Jabatan/Agensi tuan/puan.Kerjasama dan perhatian daripada tuan/puan mengenai perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Diterbitkan pada 26 Julai, 2019 Diterbitkan Oleh Sufian