Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Sempena Sambutan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

Pekan, 24 Oktober – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur sempena  Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Pada Istiadat yang dijalankan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, mendahului senarai penerima ialah Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak Raja Dato’ Seri Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris Shah yang dikurniakan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri. Antara yang menerima SSAP ialah Yang Hormat Dato’ Simi Abdul Ghani, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Yang Hormat Dato’ Akhbar bin Satar, Presiden Transparency International Malaysia, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Abdul Hadi bin Haji Hussin, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Yang Hormat Dato’ Haji Fauzi bin Abdul Rahman, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Pahang dan Yang Hormat Dato’ Hajah Sri Rosa Roslaina Handiyani.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) ialah Yang Hormat Dato’ Wan Bakri bin Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang  yang membawa gelaran Dato’ Indera.

Bagi Darjah Kebesaran Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’ antara penerimanya ialah Yang Berbahagia Datin Sri Norainy binti Shahar Alam, Timbalan Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Udara, Yang Hormat Mejar Jeneral Dato’ Roshaimi bin Zakaria, AKS Perancang Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Puad bin Zarkashi, mantan Ketua Pengarah JASA, Yang Hormat Dato’ Rohaizi bin Bahari, Pengarah Imigresen Negeri Johor dan Encik Abdul Rashid bin Mohd Said, Timbalan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat.  

Bagi Darjah Kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’, antara penerimanya ialah Yang Arif Tuan Muhammad Jamil bin Hussin, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Seremban, Yang Berbahagia Datin Sri Hajah Normah binti Mad Sap, Ahli Jawatankuasa Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Dr. Rohaya binti A. Rahman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Hajah Aida Munira binti Abdul Rafar, Timbalan Pengarah PTG Pahang, Encik Shuhairi bin Abd Ghani, Setiausaha Bahagian BTM Pejabat SUK Pahang dan Puan Hajah Hamiza binti Hamzah, Setiausaha Majlis Perbandaran Kuantan.  

Diterbitkan pada 30 Oktober, 2018 Diterbitkan Oleh Shamsinorwati