Program Promosi Kesedaran Keselamatan Siber Era IR 4.0 Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

 

 Kuantan, 11 Oktober 2018 - Program yang bertemakan ‘Be Aware Be Secure’ telah diadakan di De Rhu Beach Resort, Kuantan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang. Seramai 256 peserta yang terdiri daripada Ketua Pegawai Maklumat (CIO) jabatan dan agensi, pegawai skim Teknologi Maklumat, pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, penjawat awam jabatan dan agensi negeri serta pelajar-pelajar IPT telah menyertai program tersebut.

            Penganjuran program oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) ini adalah bagi menyampaikan maklumat tentang keselamatan siber kepada peserta-peserta supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan ICT dan media sosial. Selain itu, program ini penting bagi menyampaikan maklumat tentang insiden-insiden keselamatan yang berlaku kepada masyarakat dan implikasi perundangan yang ada.

            Program ini telah disertai oleh agensi, jabatan dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti keselamatan siber di Negara ini seperti Open Web Application Security Project (OWASP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cybersecurity Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Telekom Malaysia dan Techdata System Sdn Bhd.

           

Diterbitkan pada 22 Oktober, 2018 Diterbitkan Oleh Shamsinorwati