Majlis Perasmian Rumah Contoh Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Sungai Baging, Mukim Sungai Karang, Kuantan Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

KUANTAN, 19 Ogos 2018 – Majlis Perasmian Rumah Contoh  Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Sungai Baging, Mukim Sungai Karang telah dirasmikan oleh  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim bin Muda.

Majlis yang dihadiri hampir 200 orang tersebut turut dihadiri oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah, YB. Encik Ir. Razali bin Kassim dan Setiausaha Bahagian Perumahan, Encik Sharuddin bin Jali.

Projek PR1MA Pahang Sungai  Baging, Mukim Sungai Karang adalah hasil usahasama Kerajaan Negeri Pahang bersama Pemaju  Syarikat Kencana Agri Sdn. Bhd. Kerajaan Negeri Pahang telah menyediakan tapak dengan premium yang rendah kepada pemaju untuk membina rumah PR1MA Pahang dengan kos ditanggung sendiri oleh pemaju.

Di PR1MA Sungai Baging, Mukim Sungai Karang bakal dibina di atas tapak seluas 34.578 ekar merangkumi dua (2) Fasa iaitu Fasa Pertama sebanyak 102 unit rumah dan fasa dua (2) sebanyak 122 unit rumah.

Kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan pemaju ini akan dapat menyediakan perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki oleh golongan sasaran di negeri ini.

Diterbitkan pada 21 Ogos, 2018 Diterbitkan Oleh Shamsinorwati