Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

Pekan, 20 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mengurniakan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Pahang Darul Makmur kepada para penerima sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Pada Istiadat yang telah diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan,  sejumlah 194 penerima dikurniakan darjah-darjah kebesaran dan pingat-pingat. Mendahului senarai penerima ialah Pengarah Jabatan Pengurusan IBu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Yang Hormat CP Dato’ Asri bin Yusoff yang dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Dato’ Sri. Antara penerima lain ialah YBhg. Datuk Ahmad Azizi bin Haji Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Perumahan Negara Bhd.

Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’ Indera, 2 orang penerima telah dikurniakan iaitu Yang Hormat Dato’ Nazri bin Abu Bakar, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang  dan Dr. Sha’ari bin Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P) yang membawa gelaran Dato’, antara penerimanya ialah Yang Hormat Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan, Yang Hormat DCP Dato’ Zainuddin bin Yaacob, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dr. Zairossani bin Mohd Nor, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia dan Dr. Zulkefli bin Ibrahim,Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’, antara penerimanya ialah Encik Zaman bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Maran dan Encik Samsu Anuar bin Nawi, Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Lain-lain penerima ialah SAC Othman bin Nanyan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang IPK Pahang dan  TYT Dr. Azfar bin Mohamad Mustafar, Duta Besar Malaysia ke Perancis

Lain-lain penerima Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Pahang Darul Makmur di kalangan warga kerja Pejabat SUK Pahang adalah seperti berikut :

Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia

– Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang (SMP)

1.         Encik Mohd Faizal bin Jaafar
            Bahagian Kerajaan Tempatan

Pingat Kelakuan Terpuji (PKT)

1.         Encik Hamizal bin Mohd Sa’ari
            Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan dan DUN

Pingat Jasa Kebaktian (PJK)

1.         Encik Rosli bin Samad
            Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan dan DUN

 

Diterbitkan pada 21 Ogos, 2018 Diterbitkan Oleh Shamsinorwati