Kejohanan 2ND Asian Petanque Championship 2018 Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2018. – Satu kejohanan Petanque bertaraf antarabangsa telah diadakan di Arena Petanque Kuala Lumpur, Taman Pudu Ulu Cheras, Kuala Lumpur yang telah berlangsung bermula 13 hingga 17 Julai 2018. Seramai 2 orang atlet daripada negeri Pahang telah terpilih untuk mewakili negara pada kejohanan ini.

Ahmad Hafizzul Aizam bin Ahmad Maza yang bertanding bagi acara Shooting Junior telah memenangi pingat Gangsa setelah tewas kepada Khaun Lihor wakil daripada Kemboja di peringkat separuh akhir dengan kiraan mata 19-32. Namun demikian kemenangan ini menunjukkan prestasi beliau yang membanggakan kerana bersaing di peringkat antarabangsa.  Berbeza pula dengan Nur Thahira Tasnim binti Abdul Aziz iaitu pemenang calon Olahragawati Harapan Majlis Sukan Pahang 2015/2016 yang telah membantu pasukannya memenangi pingat Emas di dalam acara Triple Womens.

Kedua atlet ini juga akan bertanding di Kejohanan Temasya SUKMA XIX Perak 2018 nanti. Semoga prestasi ini dijadikan motivasi buat atlet dan dikekalkan sekaligus membantu Kontijen SUKMA Pahang meraih pingat di temasya kelak.

Diterbitkan pada 23 Julai, 2018 Diterbitkan Oleh Sufian