Majlis Perasmian Ekspo Jualan Perumahan - Ke Arah Sejuta Impian Edisi Pahang Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

KUANTAN, 7 April -  Majlis Perasmian Ekspo Jualan -  Ke Arah Sejuta Impian Edisi Pahang telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri YB. Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Ekspo tersebut adalah anjuran Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang yang diadakan mulai 5 April 2018 sehingga 9 April 2018 yang menawarkan 58,000 unit rumah dari pelbagai kategori harga. Ekspo itu turut disertai oleh Jabatan Perumahan Negara, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan PR1MA Pahang.

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) sedang membangunkan tiga projek perumahan di Kuantan yang melibatkan 5,000 unit iaitu di Tanjung Lumpur, Jalan Gambang dan Taman Halal Hub Gambang. Ekspo ini dapat memberi peluang kepada pembeli untuk membuat pilihan rumah idaman berdasarkan kemampuan mereka.

Diterbitkan pada 4 Jun, 2018 Diterbitkan Oleh Sufian