Lawatan Tapak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang (BPEN) Ke Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) Bunut Rendang, Kuantan Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

KUANTAN, 25 April 2018 (Rabu) -  Satu lawatan tapak telah diadakan oleh pihak  BPEN yang diketuai oleh YH. Dato’ Chua Bon Ling bagi melihat secara lebih dekat status kemajuan fizikal pelaksanaan projek tersebut oleh kontraktor yang dipilih iaitu YYM Builders Sdn. Bhd. Projek ini mula dilaksanakan pada 15 September 2016 dan dijangka siap pada 16 Ogos 2018.

Kompenan utama projek ini adalah untuk menyiapkan 154 buah unit rumah nelayan bersama kemudahan-kemudahan lain seperti surau, sub-station TNB, tangki air, rumah pam dan jeti. Sehingga 15 April 2018, status kemajuan sebenar pelaksanaan projek adalah 86.44 %  berbanding kemajuan jadual iaitu 84.65%.

Turut serta di dalam lawatan tapak pada hari ini adalah Pengarah LKIM  Pahang iaitu Puan Rashima binti Baharuddin, wakil JPS Pahang iaitu Encik Mohd Noorazuwan bin Umor dan Puan Rabiatul Adawiah binti Abd Kadir. Pegawai-pegawai BPEN yang turut hadir adalah Encik Adel Al Hashir bin Kamalal Hashir, Puan Noor Hanani binti Ahmad, Encik Mohd Nazirul Mubin bin Mohamad , Puan Norhudawati binti Abdullah  dan Cik Hurul Ain binti Hanafi.

Diterbitkan pada 4 Mei, 2018 Diterbitkan Oleh Shamsinorwati