Penyertaan Usahawan Pahang Di Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Dalam Program Himpunan Bumiputera (HUB) Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

SELANGOR, 31 Mac 2018 - SME Corp. Malaysia telah menganjurkan program Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) yang telah berlangsung Di Lapangan Tempat Letak Kereta C Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Selangor pada 30 hingga 31 Mac 2018. Program Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) dianggarkan telah melibatkan 230 gerai pameran dan kaunter informasi. Ia dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10.00 malam dan terbuka kepada semua pengunjung

Program Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) adalah bertujuan mengumpulkan 14,000 usahawan Bumiputera dari seluruh negara yang terdiri daripada ahli-ahli naungan pelbagai persatuan/ dewan/ pertubuhan/ majlis berkaitan keusahawanan dan PKS. Program ini dianggarkan telah dihadiri lebih dari 20,000 pengunjung. Selain agenda untuk mengumpulkan 14,000 usahawan bumiputra, program ini juga bertujuan untuk mengetengahkan produk-produk dari pelbagai Negeri ataupun daerah. HUB 2018 ini juga telah menyediakan beberapa program lain antaranya Young CEO Summit, Sembang Petang Bersama YAB PM dan YB Menteri MITI, mengetengahkan Karnival Jom Niaga, Food Truck dan MAI Auto Gallery. Selain itu, terdapat mini/ perkampungan SDSI serta menyediakan sitem transaksi tanpa tunai dan booth Tonton. Program ini sememangnya platform yang baik bagi pengusaha dari pelbagai negeri mempromosikan produk keluaran sendiri kepada pengunjung dan seterusnya memberi peluang kepada pengusaha untuk mengembangkan lagi produk mereka kepada rakyat Malaysia dalam dan luar negara.

Bagi Program HUB 2018 kali ini, Kerajaan Negeri Pahang telah menghantar seramai 6 usahawan Pahang yang telah berada di khemah perkampungan SDSI. Mereka adalah terdiri daripada Ybs Agro Premiere Sdn Bhd (produk berasaskan buah strawberry), Makanmoh Manufacturing (pes tempoyak dan ikan patin tempoyak), Zararich Enterprise (produk wangian), Koperasi Tok Muda Karak Berhad (produk berasaskan halia), Saizai Enterprise (Kueh tradisional bahulu) Dan Hakimah Bakery (kerepek serta biskut bangkit).

Diterbitkan pada 4 Mei, 2018 Diterbitkan Oleh Shamsinorwati