Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Dan Perjanjian Sempadan Antara Negeri Pahang Dan Negeri Selangor Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

Shah Alam, 09 Mac, 2018 - Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Antara Negeri Pahang Dan Negeri Selangor telah diadakan di Grand Ballroom, Concorde Hotel Shah Alam yang melibatkan YAB. Menteri Besar Negeri Pahang dan YAB. Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor. Majlis tersebut dihadiri oleh YB Setiausaha Kerajaan kedua-dua Negeri serta Ahli-ahli EXCO kedua-dua Kerajaan Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, juga Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Asas penentuan sempadan antara Pahang dan Selangor adalah bersandarkan kepada pertukaran surat-menyurat di antara Setiausaha Residen Pahang dan Setiausaha Residen Selangor pada tahun 1927 dan 1929, dan Warta Persekutuan No. 112 Dan No. 3199 pada 14 Januari 1911 dengan kedudukan legeh utama sebagai panduan.

Dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) Dan Perjanjian Sempadan Antara Negeri Pahang Dan Negeri Selangor pada hari tersebut maka jarak jajaran sempadan Pahang-Selangor adalah sepanjang 99.5KM.

Pada 11 Julai 1994, Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh YAB Menteri Besar kedua-dua Negeri ketika itu di Awana Golf & Country Resorts, Genting Highlands yang melibatkan tiga (3) kawasan iaitu Kawasan A – Dari Titik Sempadan Tiga (3) Negeri Selangor-Pahang-Negeri Sembilan, Ke Genting Sempah dengan Jarak 22.6 KM, Kawasan B – Dari Bukit Fraser Ke Titik Sempadan Tiga (3) Negeri Selangor-Pahang-Perak dengan Jarak 16.5 KM dan Kawasan C – Dari Bukit Fraser Ke Genting Sempah; Dengan Jarak 60.4 KM.

Sebelum majlis berakhir YAB Menteri Besar kedua-dua Negeri berkesempatan untuk melawat sudut pameran yang diurusetiakan oleh JUPEM mengenai pengalaman menjalankan kerja-kerja pengukuran persempadanan Negeri Pahang dan Negeri Selangor.

 

YAB. Menteri Besar Pahang Dan YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama YB. Setiausaha Kerajaan kedua-dua Negeri

 

Majlis Menandatangani MoU dan Perjanjian Sempadan Pahang Dan Selangor

 

 

Sesi menandatangani turut disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah JUPEM dan Pengarah PTG

bagi kedua-dua Negeri tersebut.

 

Pertukaran MoU diantara kedua-dua YAB. Menteri Besar.

 

Penyampaian Cenderamata di antara kedua-dua YAB Menteri Besar

 

Lawatan Ke Sudut Pameran JUPEM

 

YAB. Menteri Besar Pahang Dan YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor melihat sudut Pameran surat menyurat diantara Setiausaha Residen Pahang Dan Setiausaha Residen Selangor yang menjadi asas penentuan sempadan.

Diterbitkan pada 14 Mac, 2018 Diterbitkan Oleh norhuda