Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

 

KUIPSAS merupakan sebuah IPT bertaraf Kolej Universiti yang terhasil daripada transformasi KIPSAS. Rasional naik taraf ini adalah bagi membolehkan sebuah IPT berteraskan Islam milik penuh Kerajaan Negeri Pahang untuk terus berdaya saing dalam persada pendidikan tinggi tanah air.

KUIPSAS mengekalkan nama "Islam" selepas dinaik taraf bagi mengekalkan identitinya sebagai sebuah IPT yang berpaksikan Islam. KUIPSAS bukan sahaja menawarkan pendidikan Islam secara formal dan tidak formal, malahan ilmu warisan dan kotemporari yang masih berpaksikan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam melahirkan graduan yang kompetitif dalam bidang kerjaya mereka di samping tidak melupakan nilai Islam.

Oleh itu, graduan KUIPSAS bukan sahaja akan dilengkapi dengan ilmu dalam bidang pengajian masing-masing malahan dapat memiliki pengetahuan dan kemahiran berkaitan agama Islam sebagai nilai tambah mereka selepas bergraduat kelak.

KUIPSAS mempertahankan penggunan nama pemerintah dan Ketua Agama negeri Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah. Baginda dikenali dengan penuh kasih sayang oleh rakyat negeri Pahang dan rakyat Malaysia sebagai Sultan Ahmad Shah.

Sultan Ahmad Shah adalah pencetus aspirasi sejak KUIPSAS bergelar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) lagi. Baginda telah memperkenan penggunaan nama "Sultan Ahmad Shah" menukarkan nama Kolej Islam Pahang kepada Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah pada tahun 2000 sewaktu perasmian kolej itu.

Sebagai "Sultan Berjiwa Rakyat", baginda telah memberikan sepenuh sokongan dalam setiap aktiviti KIPSAS dan memayungi rakyat KIPSAS dengan sepenuh jiwa baginda. KIPSAS juga sentiasa berada di dalam nurani baginda apabila setiap Majlis Istiadat Konvokesyen KIPSAS disempurnakan oleh baginda.

Dalam transformasi KIPSAS kepada KUIPSAS, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang telah menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi kerana kepada baginda, KUIPSAS merupakan institusi yang dapat memberi kebaikan kepada seluruh rakyat baginda. Ini kerana KUIPSAS adalah satu-satunya IPT berteraskan Islam di negeri Pahang yang mendahului dalam bidang pendidikan Islam peringkat menengah dan pasca menengah.

Kuipsas menawarkan kursus kursus  peringkat ijazah dan diploma yang dikelolakan oleh EMPAT buah fakulti iaitu:

1.       Fakulti Pengajian Islam

a.      Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah kerjasama KUIPSAS-USIM

b.       Ijazah Sarjana Muda Syariah kerjasama KUIPSAS- KUIN

c.       Diploma Bahasa Arab dan Tamadun Islam

d.      Diploma Bahasa Arab Komunikasi

e.      Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan

f.        Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Syariah dan Undang-Undang

g.      Diploma Pengajian Media Islam

h.      Diploma Pengurusan Muamalat

i.        Diploma Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak

j.        Diploma Quran dan Sunnah

k.       Diploma Kaunseling Islam

 

2.      Fakulti Pengajian Pengurusan

a.      Diploma Perakaunan

b.      Diploma Pengurusan Pemasaran

c.       Diploma Pengurusan Kewangan Islam

d.      Diploma Pengajian Perniagaan

e.      Diploma Kewangan dan Perbankan.

 

3.      Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi

a.      Diploma Internet dan Multimedia

b.      Diploma Diploma Teknologi Maklumat dan Rangkaian.

 

4.      Fakulti Bahasa

a.      Bahasa Inggeris yang diuruskan oleh Fakulti ini.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)
Km 8, Jalan Gambang
25150 Kuantan
Pahang Darul Makmur
MALAYSIA

No Tel : 09-5915353
No Faks : 09-5364421

Emel : pro[at]kipsas[dot]edu[dot]my

atau layari http://www.kuipsas.edu.my