Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

VISI MISI DAN OBJEKTIF


VISI

 

Menjadikan Bahagian Kerajaan Tempatan sebagai organisasi yang cekap dan berkesan dalam menyelaras perjalanan dan aktiviti Pihak Berkuasa Tempatan ke arah melahirkan Pihak Berkuasa Tempatan yang kukuh, berkesan dan berkebolehan dalam memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik untuk kepuasan penduduk.
 

MISI
 

 

  • Menyelaras perjalanan dan aktiviti-aktiviti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Pahang supaya menepati sepenuhnya dasar-dasar Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Majlis Negara & Kerajaan Tempatan dan undang-undang berkaitan.
  • Sebagai pengantara dalam urusan permohonan Pihak Berkuasa Tempatan yang memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
  • Menguruskan peruntukan-peruntukan kewangan dan projek-projek yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan samada dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri.

OBJEKTIF
 

 

  • Memastikan 90% peruntukan projek Pembangunan Negeri dan Persekutuan dibelanjakan.
  • Memastikan 100% anggaran belanjawan tahunan Pihak Berkuasa Tempatan diproses untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh (3) bulan dari tarikh yang ditetapkan