Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

VISI MISI DAN OBJEKTIF


VISI
 

Ke Arah Melahirkan Atlet-Atlet Negeri Pahang Bertaraf Dunia Yang Akan Mewakili Negara Ke Peringkat Antarabangsa.
 

MISI
 

 

Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dalam mengurus dan mentadbir semua kepentingan berkaitan sukan Berprestasi Tinggi di Negeri Pahang dan menyediakan kemudahan sukan bagi tujuan pembangunan sukan sejajar dengan Dasar Sukan Negara melalui :

  • Pembangunan aspek kejurulatihan dan teknikal
  • Pengenalpastian dan pencungkilan bakat melalui program Talent ID
  • Program latihan yang konsisten dan berterusan dengan mengaplikasikan kaedah sains sukan
  • Penyediaan infrastruktur sukan dan tempat latihan yang bersesuaian
  • Penggunaan peralatan-peralatan sukan yang berteknologi terkini
  • Pendedahan pengalaman kepada atlet dan pegawai melalui penyertaan dan penganjuran kejohanan
  • Pembangunan sukan melalui penyelidikan dan kajian pemakanan dan sains sukan
  • Bekerjasama dengan semua peringkat sektor awam, swasta, persatuan-persatuan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, Majlis Sukan Daerah dan Majlis Sukan Negara dalam memajukan sukan
 

OBJEKTIF
 

 

Majlis Sukan Pahang ditubuhkan pada 23 Januari 1984 mengikut Seksyen 7 (1), Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan Jadual kedua) 1988.

Tujuan Penubuhan Majlis Sukan Pahang adalah seperti berikut :

  • Untuk memajukan pada amnya kepentingan sukan dalam negeri dan khususnya mengadakan kemudahan yang cukup bagi kemajuan semua  cawangan sukan di peringkat Negeri dan Daerah di Negeri Pahang.
  • Untuk melakukan penyelarasan bagi Persatuan Sukan Negeri dan lain-lain agensi sukan dalam negeri itu ; dan
  • Untuk mendapat dan mentadbir wang bagi mencapai tujuan Majlis