Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

TENUN PAHANG

Kain Tenun Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi.  Dibawa ke Pahang pada abad ke 16 Masihi.  Diperkenalkan oleh seorang Pembesar Bugis yang dikenali sebagai Tuk Tuan (Keraing Aji). 

Fabrik Tenun Pahang telah menjadi sebahagian daripada kebudayaan rakyat Malaysia yang digunakan terutama dalam upacara kehormatan dan rasmi.  Tenun Pahang DiRaja dihasilkan mengikut kaedah tradisional dengan mengekalkan kehalusan seni dan mendapat pujian serta perhatian penggemar barangan tradisi dalam dan luar negara. 

Kain Tenun Pahang yang biasanya digunakan untuk kain sarong, sampin dan selendang, kini diaplikasikan dalam rekaan fesyen moden selari dengan trend dan cita rasa terkini.  Ia turut digunakan oleh pereka fesyen tempatan dan luar negara terutamanya untuk majlis rasmi kerajaan, perkahwinan dan adat istiadat Diraja 

Bermula dari tahun 1995 sehingga kini PKNP telah mengambil inisiatif untuk memaju dan membangunkan semula Tenun Pahang Di Raja bagi memastikan Kain Tenun Pahang Di Raja sentiasa kekal sebagai Warisan Seni Negeri Pahang. 

Hari ini, Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Di Raja Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak di Kampung Soi, Kuantan merupakan usaha PKNP untuk meningkatkan pengeluaran dan kualiti serta memartabatkan produk Tenun Pahang Di Raja di persada busana antarabangsa.

Kepada mereka yang ingin bergaya dan kelihatan menarik di majlis-majlis keramaian atau sambutan hari raya, sila membuat tempahan kain tenun dari kami ! Kami akan berusaha menghasilkan kain Tenun Pahang seperti yang anda ingini dengan harga yang berpatutan.

 

Sila Kunjungi Pusat Jualan dan Promosi kami di:
GALERI TENUN PAHANG 
Lot 1-47, Kompleks Teruntum 
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur 
Tel : 09-5562344
Fax : 09-5158746 
Tel Bimbit : 013-9807447 - ( En Rasli Bin Jamil ) 
atau
Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Kg. Soi, 
Jalan Kempadang Perdana 1, 
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur 
Tel Bimbit : 019-9389411 - ( En Roslim Bin Ismail ) 
Tel Bimbit : 013-9863068 - ( Pn. Zila Md Saud ) 

Waktu Perniagaan : 
Isnin hingga Jumaat ( 10.00 am - 6.00 pm ) 
Sabtu ( 10.00 am - 5.00 pm )

sumber : http://www.pknp.gov.my/