Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

STRUKTUR PENGURUSAN KUALITI

Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang telah menubuhkan Struktur Pengurusan Kualiti selaras dengan kehendak Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 1992, Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam. Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang telah menyusun Struktur Pengurusan Kualiti Negeri seperti berikut:-

a.Jawatankuasa Pemandu Kualiti Dan Produktiviti

Fungsi seperti berikut :-  

  • Merancang program dan aktiviti yang boleh meningkatkan kualiti dan produktiviti; 
  • Menentukan dasar dan strategi pelaksanaan bagi mencapai objektif kualiti;  
  • Menyelaras dan mengesan usaha-usaha peningkatan kualiti melalui perlaksanaan program dan aktiviti yang mematuhi standard-standard kualiti yang ditetapkan.

b.Jawatankuasa Penyelaras Dan Pasukan Petugas

Fungsi seperti berikut :-

  • Melaksanakan program dan aktiviti yang boleh meningkatkan kualiti dan produktiviti;
  • Melaksanakan dasar dan strategi yang ditetapkan bagi mencapai objektif kualiti mengikut norma masa yang ditetapkan dan mematuhi standard-standard kualiti;
  • Melaksanakan tindakan pengesanan dan penyelesaian masalah bagi menjamin pengekalan dasar kualiti;
  • Melaksanakan program bimbingan dan latihan bagi mewujudkan kecekapan dan keberkesanan dalam melaksanakan program dan aktiviti yang dirancang pada setiap tahun;
  • Melaksanakan usaha-usaha pengukuhan keyakinan anggota-anggota Pejabat dalam menangani kehendak Piagam Pelanggan.

c.Pasukan Petugas

Bagi merealisasikan pelaksanaan pengurusan kualiti yang menyeluruh, Pentadbiran Kerajaan Negeri telah menubuhkan sebanyak empat (4) Pasukan Petugas.
Pasukan Petugas yang ditubuhkan adalah bertanggungjawab sebagai pelaksana kepada program dan aktiviti kualiti iaitu :-

  i.Pasukan 1 (Pengurusan Sumber Manusia/Latihan)

  Fungsi seperti berikut :-

  • Melaksanakan program dan aktiviti yang boleh meningkatkan kualiti dan produktiviti pengurusan sumber secara optimum, termasuk sumber manusia dan menguruskan aktiviti memperkukuhkan pembangunan sumber.
  • Melaksanakan teknik yang ditetapkan bagi mencapai kualiti mengikut norma masa yang ditetapkan dan mematuhi standard-standard kualiti.

   ii.Pasukan 2 (Pembentukan Nilai Dan Budaya Kerja Cemerlang Yang Positif)   

   Fungsi seperti berikut :-

  • Melaksanakan program dan aktiviti yang boleh meningkatkan kualiti dan produktiviti berteraskan nilai dan budaya kerja cemerlang yang positif.
  • Melaksanakan teknik yang ditetapkan bagi mencapai kualiti mengikut norma masa yang ditetapkan dan mematuhi standard-standard kualiti. 
  • Melaksanakan tindakan pengesanan dan penyelesaian masalah bagi menjamin pembentukan nilai dan budaya kerja cemerlang yang positif.  
  • Melaksanakan program bimbingan dan latihan bagi mewujudkan kecekapan dan keberkesanan dalam melaksanakan program dan aktiviti pembentukan nilai dan budaya kerja cemerlang yang positif secara terancang pada setiap tahun.

   iii.Pasukan 3 ( Pengurusan Maklumat) 

   Fungsi seperti berikut :-

  • Melaksanakan program dan aktiviti yang boleh meningkatkan kualiti dan produktiviti pembangunan serta pengurusan maklumat yang berkesan;
  • Melaksana teknik yang ditetapkan bagi mencapai kualiti mengikut norma masa yang ditetapkan dan mematuhi standard-standard kualiti.
  • Melaksanakan tindakan pengesanan dan penyelesaian masalah bagi menjamin pengekalan maklumat yang berkesan;
  • Melaksana program bimbingan dan latihan bagi mewujudkan kecekapan dan keberkesanan maklumat secara terancang pada setiap tahun. 

   iv.Pasukan 4 (Pembangunan Sistem Dan Proses Kerja)

   Fungsi seperti berikut :-

  • Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan sistem.
  • Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan proses kerja.
  • Menyediakan mekanisme kawalan kepada sistem dan proses kerja.