Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

SOALAN LAZIM BAHAGIAN PERUMAHAN

 

Apakah rumah kos rendah kerajaan?

Projek perumahan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri atau oleh Kerajaan Pesekutuan melalui agensi pelaksana yang dilantik dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00.

Apakah rumah kos rendah swasta?

Projek perumahan yang dimajukan oleh pemaju swasta di atas tanah persendirian atau Kerajaan Negeri dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00.

Apakah rumah kos sederhana rendah swasta?

Projek perumahan yang dimajukan oleh pemaju swasta di atas tanah persendirian atau Kerajaan Negeri dan dijual pada harga RM 70,000.00 hingga RM 90,000.00 seunit.

Apakah program Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang?

Projek perumahan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi golongan berpendapatan sederhana yang tidak mampu untuk membeli rumah tetapi dalam masa yang sama tidak layak dipertimbangkan rumah kos rendah dan sederhana rendah.

Rumah PR1MA dijual  dengan harga   RM 150,000.00 seunit dan diskaun 10% daripada harga jualan diberikan kepada penjawat awam.

Bagaimana boleh menyemak status permohonan ?

a)

Menghubungi talian telefon seperti di senarai alamat dengan merujuk kepada myID

b)

Melayari Laman htt://eperumahan.pahang.gov.my

c)

Datang ke Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan di Pusat Tranfomasi Bandar (UTC) Kuantan., atau
Kaunter Pertanyaan Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang

Bagaimana boleh  diketahui projek-projek perumahan Kos Rendah / Kos Sederhana Rendah  yang ada di Negeri Pahang?

a)

Menghubungi talian telefon seperti di senarai alamat

b)

Datang ke Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan di Pusat Tranfomasi Bandar (UTC) Kuantan., atau
Kaunter Pertanyaan Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang

Apakah spesifikasi projek PR1MA Negeri Pahang ?

a)

Keluasan minimum binaan rumah adalah 1,000 kaki persegi

b)

Saiz tanah minimum 40' x 70' (2,800 kaki persegi)

c)

Rumah jenis berkembar atau sesebuah

d)

3 bilik tidur, 2 bilik mandi

e)

Keluasan minimum bilik tidur utama adalah 14' x 12' (168 kaki persegi) dan keluasan bilik tidur 2 & 3 adalah 10' x 12' (120 kaki persegi)

f)

Rangka atap jenis spandeck/metal deck

g)

Harga jualan lebihan lot tepi dan lot hujung ditentukan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Apakah Syarat Permohonan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang?

a)

Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;

b)

Berumur 18 tahun keatas

c)

Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM 10,000.00

d)

Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun.

 

Senarai Syarikat Pemaju dan lokasi PR1MA Negeri Pahang adalah seperti berikut :