Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

SALURAN ADUAN RAKYAT

Visi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang adalah untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dalam penyampaian perkhidmatan menjelang tahun 2020 dengan mengamalkan penambahbaikan secara berterusan untuk menjamin kepuasan hati pelanggan. Kami memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah memenuhi kehendak semasa dan permintaan para pelanggan. 

Sehubungan dengan itu, aduan anda adalah sangat dihargai dan sentiasa diberi perhatian dalam mempertingkatkan perkhidmatan kami. Melalui aduan anda juga dapat membantu kami untuk mengukur pencapaian perkhidmatan kami ke arah tahap yang lebih baik.

Anda boleh mengemukakan aduan melalui:

  • Sistem Pengurusan Aduan (e-aduan Pahang)
  • Emel
  • Perkhidmatan mySMS
  • Borang Aduan Awam

BAGAIMANAKAH CARA MELAKUKANNYA?

1. Sistem Pengurusan Aduan (e-aduan Pahang)

Aduan boleh dibuat dengan melayari di url tersebut; http://aduansuk.pahang.gov.my

2. Emel

Aduan boleh dihantar di talian emel aduansuk[at]pahang[dot]gov[dot]my & aduan2suk[at]pahang[dot]gov[dot]my

3. Perkhdimatan mySMS

Aduan boleh dihantar dengan menaip PHG ADUAN [aduan] SMS ke 15888

4. Borang Aduan Awam

Aduan boleh dihantar dengan memuat turun Borang Aduan Awam dan hantar ke alamat di bawah:-

Seksyen Perhubungan Awam Unit Korporat
Aras Bawah, Blok C, Wisma Sri Pahang
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
25503 Kuantan Pahang Darul Makmur

TEMPOH PENERIMAAN MAKLUMBALAS

Aduan anda akan diberi maklumbalas dalam tempoh 07 hari bekerja.