Kandungan Jurnal

Kembali ke Halaman Penuh

 

Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diberi mandat untuk menerajui inisiatif National Blue Ocean Competition (NBOSC) bagi kategori Perkhidmatan Awam. NBOSC ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 3 April 2016 di Borneo Convention Center Kuching (BCCK) sempena dengan Pelancaran Program Gabungan Rakan Entreprenuer Aspirasi Terhebat (GREAT). Inisiatif ini mensasarkan penyertaan seluruh penjawat awam di peringkat Persekutuan, Negeri, Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan dibuka penyertaan kepada warga Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas termasuk pelajar-pelajar peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta.

Hadiah wang tunai melebihi RM100,000.00 ditawarkan kepada para pemenang termasuk RM50,000.00 Dana Permulaan Pelaksanaan untuk pemenang tempat pertama Agensi Pelaksana yang berkaitan. Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman sesawang www.nboscompetition.my atau hubungi para pegawai berikut:

i.                    Puan Salmiza Shahriman | salmiza.shah@jpa.gov.my  | 03-8885 3842; atau

ii.                  Cik Joana Ajadap | joana.ajadap@jpa.gov.my  | 03-8885 3849