Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)

Latar Belakang:

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan nama khusus bagi pegawai dan kakitangan yang dilantik sebagai ahli AKRAB setelah berjaya mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling (PPKK). Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 menyatakan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia, AKRAb perlu dilatih dalam dua (2) tahap PPKK. Nama AKRAB merupakan gabungan nilai-nilai utama yang perlu ada pada seseorang rakan pembimbing iaitu Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari.

AKRAB juga berkonsepkan "rakan membantu rakan" dalam memupuk semangat berpasukan, kearaban dan membina potensi masing-masing. Ianya juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan hubungan humanistik.

Kemantapan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada komitmen dan sumbangan kepakaran ahlinya. Tanpa komitmen daripada ahli, segala aktiviti rakan pembimbing akan dilihat sebagai membebankan. Justeru itu, pembentukan AKRAB di dalam organisasi diharapkan mampu membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi.

Objektif:

  • Mewujudkan pegawai yang kompeten.
  • Mewujudkan suasana kerja yang harmoni.
  • Membantu mengurangkan masalah yang ditanggung oleh pegawai.
  • Meningkatkan empati di kalangan warga organisasi.

MOTO AKRAB: AKRAB CEMERLANG, PERKHIDMATAN AWAM TERBILANG

VISI AKRAB: " MENJADIKAN AKRAB SEBAGAI PENGGERAK PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA"

Misi AKRAB:

  • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi
  • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan
  • Bertindak sebagai perantara antara pegawai dengan Pegawai Psikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB

Matlamat AKRAB:

  • Berkongsi Ilmu Dan Pengetahuan
  • Sokongan Kepada Perubahan
  • Memperkuatkan Semangat
  • Berkongsi Permasalahan
  • Budaya Kerja Berpasukan
  • Meneguhkan Perubahan

Ahli-Ahli AKRAB:

PENYELARAS:

  • Pegawai Psikologi
  • Seksyen Psikologi
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia