Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PAHANG

Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Pahang Skills) merupakan sebuah institusi kemahiran dan pendidikan tinggi yang telah ditubuhkan pada tahun 1994 hasil kerjasama tiga (3) pihak iaitu Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan syarikat - syarikat swasta yang beroperasi di Negeri Pahang. Kampus Pahang Skills yang berkeluasan 12 ekar beroperasi di Taman Perindustrian Semambu. 
 
Pahang Skills bertanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran pekerja industri melalui latihan jangka pendek yang dijalankan. Selain itu, melalui penubuhan Pahang Skills sebagai institusi pendidikan tinggi, kumpulan sasar adalah tertumpu kepada pelajar-pelajar lepasan SPM melalui program pendidikan di peringkat Diploma dan Sijil dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pahang Skills juga melaksanakan Program Khas tajaan Kerajaan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), bagi program-program latihan kepada graduan-graduan dan pelajar lepasan SPM di mana yuran pengajian dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan. Disamping itu, Pahang Skills turut menyediakan kemudahan sewaan fasiliti untuk kemudahan pihak luar seperti kakitangan kerajaan dan swasta untuk menjalankan kursus dan program latihan disini.
 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Kampus Pahang Skills,, Kawasan Perindustrian Semambu,
25350 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
No Tel : 09-5673200 
No Faks : 09-5673192

 

E-mel :psdc[at]psdc[dot]gov[dot]my

URL:  www.psdc.gov.my