Kandungan Jurnal

mail mail

Kandungan Jurnal

PIAGAM PELANGGAN

 

KOMITMEN :
 

"Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang akan memberikan perkhidmatan tadbir urus terbaik berlandaskan modal insan berintegriti, berinovasi dan kreatif ke arah pembangunan sosioekonomi melalui perancangan dan pengurusan sumber secara holistik serta inklusif bagi memenuhi aspirasi rakyat"

berasaskan Piagam Pelanggan seperti berikut:

 

 

PERKHIDMATAN TERAS UTAMA

1. 

Memproses Surat Kelulusan Persaraan Pilihan Sendiri Setelah Diperkenan Oleh KDYMM Sultan Pahang Dalam Tempoh 30 Hari Bekerja Dari Terima Surat Perkenan KDYMM Sultan Pahang.

 2.

Memastikan Keputusan MMK Bagi Permohonan Pelaburan Dimaklumkan Kepada Pelabur Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja selepas cabutan minit MMK diterima.

 3.

Memastikan Keputusan MMK Bagi Permohonan Lesen Penggunaan Sumber Air Dimaklumkan Kepada Pemohon Dalam Tempoh 3 Hari Bekerja Selepas Cabutan Keputusan Diterima.

 4.

Memastikan Keputusan MMK Dihantar Ke Jabatan / Agensi Selewat-Lewatnya Tiga (3) Hari Selepas Keputusan Diperakukan.

 5.

Memastikan Permohonan Kertas Kerja Dasar Yang Lengkap Di Angkat Ke MMK Dalam Tempoh 2 Bulan.

 6.

Memastikan Kertas Kerja MMK Yang Lengkap Dan Teratur Diangkat Ke MMK Negeri Pahang Dalam Masa 8 Hari Bekerja.

 7.

Memastikan Rumah Kos Rendah / Sederhanan Rendah / PPRM / PR1MA Yang Kosong Ditawarkan Kepada Pembeli.

 8.

Memastikan Borang Permohonan Diterima Didaftarkan Di Dalam SPAP Dalam Masa 7 Hari.

 9.

Menyediakan Ulasan Teknikal Ke Atas Permohonan Pembangunan Dalam Kawasan Tadahan Air Yang Lengkap Diproses Dalam Tempoh 15 Hari Bekerja

 10.

Menempatkan Anggota Lantikan Baru Dalam Tempoh 90 Hari Bekerja Bermula Daripada Tarikh Terima Senarai Anggota Lantikan Baru Daripada SPA Pahang.

 11.

Proses Kelulusan Hadiah Ganti Cuti Rehat Diproses Dalam Tempoh 90 Hari Bekerja Dari Tarikh Dokumen Lengkap Diterima. 

 

PERKHIDMATAN SOKONGAN
 

 1.

Memastikan Baucer Bayaran Bagi Tuntutan Yang Lengkap Diperakukan Dalam Tempoh 14 Hari.

 2.

Memastikan Semua Jenis Tuntutan Yang Lengkap Diproses Dalam Tempoh 14 Hari.

 3.

Menguruskan Pelupusan Harta Modal Dan Inventori Dilaksanakan Mengikut Keperluan.

 4.

Memastikan Aduan Masalah ICT (Sistem,Perkakasan Dan Rangkaian) Yang Diterima Diambil Tindakan (Attend To) dalam sistem meja bantuan ICT.

 5.

Memastikan Setiap Permohonan Pembangunan Sistem Aplikasi Baru Atau Cadangan Peningkatan Yang Diterima Dibuat Kajian.

 6.

Memberi Khidmat Sokongan Dan Bantuan Teknikal Kepada Semua Jabatan Negeri.

 7.

Memastikan Permohonan Pindahmilik Tanah Yang Lengkap Diangkat Kepada YAB MB Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja.

 8.

Memastikan Permohonan Bantuan Penganjuran Kejohanan Dan Penyertaan Ke Kejohanan Dan Penyertaan Ke Kejohanan Yang Lengkap Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja.

 9.

Memastikan 100% Permohonan Untuk Membantu Menyelaras Dan Mengendalikan Program Peningkatan Integriti Daripada Jabatan Dan Agensi Lain Diproses Dan Dimaklumkan Kepada Pemohon Dalam Tempoh 7 Hari Bekerja.

 10.

Memastikan 100% Permohonan Rasmi Status Aduan Berkaitan Integriti Dimaklumkan Kepada Pengadu Dalam Tempoh 7 Hari Bekerja.

 11.

Memastikan Borang Pencalonan Anugerah Bintang Dan Darjah Kebesaran Negeri Pahang Diproses Sebelum Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang Setiap Tahun

 

"PEMULIHAN PERKHIDMATAN :

"Jika atas sebab tertentu Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang tidak dapat menunaikan tanggungjawab dalam tempoh yang dijanjikan, Kami akan dengan serta merta memberi jaminan kepada pihak pelanggan untuk melaksanakannya dalam masa yang dipersetujui."

Nota :


"Komitmen ini berkuatkuasa mulai 03 Ogos 2015 hingga 31 Disember 2018 dan telah melalui proses semakan / gubalan semula pada 16 Februari 2017